Connect with us

Terkini

Peguam Negara perlu bertanggungjawab, bukan tuding jari kepada mahkamah – MUDA

Jabatan Peguam Negara mesti bertanggungjawab penuh terhadap keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya, dan bukan menuding jari kepada pihak mahkamah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Peguam Negara perlu bertanggungjawab, bukan tuding jari kepada mahkamah – MUDA
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Peguam Negara mesti bertanggungjawab penuh terhadap keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya, dan bukan menuding jari kepada pihak mahkamah.
  • Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkata pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa pihak pendakwaan dan mahkamah sedia maklum kuasa itu dan memberi perintah seperti permohonan yang dibuat oleh pendakwaan. 
  • Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA, Nurainie Haziqah Shafi’i yang mewakili  MUDA, berkata kenyataan Pejabat Peguam Negara, semalam berkait keputusan tidak meneruskan pertuduhan ke atas Timbalan Perdana Menteri itu dilihat menimbulkan lebih banyak persoalan daripada pencerahan. 
  • “Kenyataan Jabatan Peguam Negara mengatakan bahawa alasan-alasan yang dikemukakan kukuh dan diterima oleh mahkamah adalah sangat mengelirukan.
  • “Jabatan Peguam Negara mesti mengambil tanggungjawab penuh terhadap kenyataan yang dibuat dan bukan seolah-olah menuding jari kepada mahkamah kerana membenarkan keputusan yang dipohon oleh pihak pendakwaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara mesti bertanggungjawab penuh terhadap keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya, dan bukan menuding jari kepada pihak mahkamah.

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkata pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa pihak pendakwaan dan mahkamah sedia maklum kuasa itu dan memberi perintah seperti permohonan yang dibuat oleh pendakwaan. 

Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA, Nurainie Haziqah Shafi’i yang mewakili MUDA, berkata kenyataan Pejabat Peguam Negara, semalam berkait keputusan tidak meneruskan pertuduhan ke atas Timbalan Perdana Menteri itu dilihat menimbulkan lebih banyak persoalan daripada pencerahan. 

“Kenyataan Jabatan Peguam Negara mengatakan bahawa alasan-alasan yang dikemukakan kukuh dan diterima oleh mahkamah adalah sangat mengelirukan.

“Jabatan Peguam Negara mesti mengambil tanggungjawab penuh terhadap kenyataan yang dibuat dan bukan seolah-olah menuding jari kepada mahkamah kerana membenarkan keputusan yang dipohon oleh pihak pendakwaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Soal beliau, sekiranya alasan dikemukakan pendakwa raya itu kukuh atau ‘cogent’, adakah mereka mengatakan bahawa kes dikemukakan bekas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran (sebelum ini mengetuai pasukan pendakwaan perbicaraan rasuah dihadapi Ahmad Zahid) berlandaskan hujah yang lemah, tidak meyakinkan dan cacat cela?

“Adakah Raja Rozela dan Jabatan Peguam Negara gagal dalam melaksanakan tugas mereka sebelum ini, terutamanya apabila sudah ada prima facie dibuktikan dalam kes ini? 

“Perkataan ‘cogent’ yang digunakan dalam kenyataan ringkas Jabatan Peguam Negara membawa maksud jelas, logik dan meyakinkan. Malangnya kenyataan yang dibuat adalah bertentangan dengan perkataan yang digunakan,” katanya. 

Berikutan itu, MUDA mendesak Jabatan Peguam Negara lebih telus dalam menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh rakyat bagi menjaga kredibiliti institusi Peguam Negara. 

Nurainie menegaskan, institusi perundangan negara ini akan terkesan kerana kes ini membabitkan Timbalan Perdana Menteri dan MUDA sama sekali tidak akan berdiam diri. 

Semalam, Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan, memaklumkan permohonan pihaknya untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan alasan yang dikemuka dan diterima oleh mahkamah. 

Dalam kenyataan itu, Jabatan Peguam Negara memaklumkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang membuat keputusan itu sudah menyatakan bahawa alasan dikemuka pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent).

Sumber: Berita Harian

Author