Terkini
Malaysia kekal berkecuali, tidak terikat dengan AS atau China – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia kekal bebas daripada sebarang pengaruh luar tanpa memihak mana-mana kuasa besar sama ada Amerika Syarikat (AS) mahupun China.

- Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia kekal bebas daripada sebarang pengaruh luar tanpa memihak mana-mana kuasa besar sama ada Amerika Syarikat (AS) mahupun China.
- Perdana Menteri berkata, pendirian kerajaan itu disampaikan sendiri kepada Naib Presiden AS, Kamala Harris ketika menghadiri ASEAN Summit Ke-43 di Jakarta, Indonesia awal bulan ini.
- “Dia (Kamala) menyatakan kebimbangan sama ada Malaysia cenderung kepada China. Jawapan saya jelas (unequivocal), kita sangat bebas (fiercely independent), AS adalah sekutu tradisi kita, kita sentiasa alu-alukan penglibatan mereka, banyak isu kita kongsi bersama.
- “Malah, secara peribadinya, AS sewaktu di bawah pentadbiran Bill Clinton dan George Bush, mereka menyokong perjuangan saya, jadi sudah tentu saya terhutang budi dengan AS kerana polisi mereka yang positif dan dinamik,” katanya dalam ucaptama Invest Malaysia New York anjuran Bursa Malaysia di New York semalam.
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia kekal bebas daripada sebarang pengaruh luar tanpa memihak mana-mana kuasa besar sama ada Amerika Syarikat (AS) mahupun China.
Perdana Menteri berkata, pendirian kerajaan itu disampaikan sendiri kepada Naib Presiden AS, Kamala Harris ketika menghadiri ASEAN Summit Ke-43 di Jakarta, Indonesia awal bulan ini.
“Dia (Kamala) menyatakan kebimbangan sama ada Malaysia cenderung kepada China. Jawapan saya jelas (unequivocal), kita sangat bebas (fiercely independent), AS adalah sekutu tradisi kita, kita sentiasa alu-alukan penglibatan mereka, banyak isu kita kongsi bersama.
“Malah, secara peribadinya, AS sewaktu di bawah pentadbiran Bill Clinton dan George Bush, mereka menyokong perjuangan saya, jadi sudah tentu saya terhutang budi dengan AS kerana polisi mereka yang positif dan dinamik,” katanya dalam ucaptama Invest Malaysia New York anjuran Bursa Malaysia di New York semalam.
Namun, katanya, hubungan baik dengan AS turut diimbangi dengan jalinan hubungan yang erat dengan China sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri hujung tahun lalu.
“Dengan China tahun lepas dan tahun ini, kita ada hubungan sangat baik, jadi ia meletakkan Malaysia dalam kedudukan unik dalam rantau ASEAN untuk menggunakan peluang ini bagi memanfaatkan hubungan antara pelabur AS dan China.
“Saya bukan nak menggalakkan perkara ini kerana ia bukanlah penyelesaian masalah antara mereka (AS-China) sama seperti konflik Russia-Ukraine, tapi dengan geopolitik hari ini, Malaysia mungkin boleh memainkan peranan kecil dalam mengurangkan ketegangan sekurang-kurangnya dalam komuniti pelaburan dan perniagaan,” katanya
Bagaimanapun, dari segi pelaburan dan perdagangan, Anwar memaklumkan bahawa AS kekal sebagai pelabur terbesar negara berbanding China.
“China sudah tentu merupakan pemain utama di rantau ASEAN, dari segi perdagangan dan pelaburan. Walaupun baru-baru ini ada peningkatan pelaburan dan perdagangan dengan mereka, AS pula adalah pemain tradisi dan jumlah keseluruhan pelaburan yang diperoleh Malaysia menunjukkan AS kekal nombor satu.
“Bukan itu sahaja, kita meraih manfaat besar daripada penglibatan syarikat-syarikat dari AS contohnya Intel, maknanya ada keyakinan yang tinggi terhadap kita, jadi kita perlu terus berusaha menarik pelabur bagi memastikan Malaysia kekal destinasi utama buat pelabur-pelabur asing,” katanya.
Tahun lalu, AS menyumbang kepada aliran masuk bersih tertinggi ke Malaysia, dengan nilai berjumlah kira-kira RM37.8 bilion.
Malah, bulan lalu, Kedutaan AS di Malaysia menyatakan bahawa syarikat negara itu telah membuat komitmen pelaburan bernilai RM100 bilion dalam pelbagai sektor di Malaysia dalam tempoh 18 bulan lalu.
Pelaburan besar itu meliputi sektor elektronik dan semikonduktor, serta segmen pusat data yang merupakan bidang pertumbuhan besar.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
KDN rampas 703 unit jam digital mengandungi bahan Al-Quran tanpa perakuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 703 jam digital yang mengandungi audio 30 juzuk al-Quran dianggarkan bernilai RM230,000 dan menahan dua individu, dalam serbuan di sebuah premis di Batu Caves, Selangor.

- Kementerian Dalam Negeri (KDN) rampas 703 jam digital mengandungi audio 30 juzuk al-Quran bernilai RM230,000 dan menahan dua individu, dalam serbuan di sebuah premis di Batu Caves, Selangor.
- KDN dalam kenyataan semalam memaklumkan serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, susulan jam digital tersebut tidak mempunyai perakuan KDN berdasarkan keperluan di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986.
- “Al-Quran yang tidak mempunyai perakuan KDN ini dikhuatiri mempunyai kesalahan dan mengelirukan masyarakat melalui sebutan dan bacaannya, dan akan membawa maksud tidak tepat sebagaimana ayat tersebut diturunkan,” menurut kenyataan itu.
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 703 jam digital yang mengandungi audio 30 juzuk al-Quran dianggarkan bernilai RM230,000 dan menahan dua individu, dalam serbuan di sebuah premis di Batu Caves, Selangor.
KDN dalam kenyataan semalam memaklumkan serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, susulan jam digital tersebut tidak mempunyai perakuan KDN berdasarkan keperluan di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986.
“Mana-mana penerbitan al-Quran dalam pelbagai bentuk yang mengandungi satu juzuk atau lebih ayat al-Quran, hendaklah mendapatkan perakuan KDN terlebih dahulu sebelum diedar atau pun dijual di negara ini.
“Al-Quran yang tidak mempunyai perakuan KDN ini dikhuatiri mempunyai kesalahan dan mengelirukan masyarakat melalui sebutan dan bacaannya, dan akan membawa maksud tidak tepat sebagaimana ayat tersebut diturunkan,” menurut kenyataan itu.
KDN memaklumkan sehingga kini terdapat sejumlah 952 pruf akhir teks al-Quran termasuk al-Quran elektronik dan digital yang diluluskan KDN untuk jualan dan edaran di negara ini.
Menurut kenyataan itu KDN akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti pengimportan, pengedaran dan penjualan al-Quran yang menyalahi Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986.
Pada masa yang sama orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti membeli dan memiliki al-Quran yang tidak mendapat kelulusan KDN, kerana jika disabitkan kesalahan pihak atau individu terlibat boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
“KDN menyeru orang ramai memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan teks serta bahan al-Quran tanpa kelulusan dan bahan penerbitan yang tidak diingini, dengan menghubungi di talian 03-8000 8000 / 8889 3145, emel [email protected] atau melalui laman web www.moha.gov.my,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA
Sumber: BERNAMA
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular