Antarabangsa
LGBT: Turkiye perkenal subjek ‘keluarga’ di sekolah, perangi homoseksualiti
Turkiye memperkenalkan subjek pilihan baharu ‘The Family in Turkish Society’ (Keluarga dalam masyarakat Turkiye) dalam kurikulum sekolah sejajar usaha negara itu memerangi homoseksualiti.
- Turkiye memperkenalkan subjek pilihan baharu ‘The Family in Turkish Society’ (Keluarga dalam masyarakat Turkiye) dalam kurikulum sekolah sejajar usaha negara itu memerangi homoseksualiti.
- Menegaskan pihak berkuasa Turkiye bertanggungjawab memerangi ideologi songsang itu, Menteri Pendidikan Turkiye, Yusuf Tekin mengumumkan perkara itu dalam temubual dengan sebuah stesen televisyen pada Isnin lalu.
- “Kita mahu melahirkan generasi yang boleh mencerminkan nilai dan kemerdekaan negara ini kepada generasi akan datang. Kita wajib berjuang dengan cara kita sendiri,” kata menteri berkenaan.
- Katanya, deklarasi hak asasi manusia sejagat juga perlu dinilai semula dan diubah kerana melindungi hak kelompok LGBT.
- Turkiye di bawah pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdogan menekankan kepada nilai-nilai tradisional keluarga dan masyarakat serta menolak ideologi homoseksualiti, antara lain mempromosikan hubungan sejenis gay dan lesbian.
Turkiye memperkenalkan subjek pilihan baharu ‘The Family in Turkish Society’ (Keluarga dalam masyarakat Turkiye) dalam kurikulum sekolah sejajar usaha negara itu memerangi homoseksualiti.
Menegaskan pihak berkuasa Turkiye bertanggungjawab memerangi ideologi songsang itu, Menteri Pendidikan Turkiye, Yusuf Tekin mengumumkan perkara itu dalam temubual dengan sebuah stesen televisyen pada Isnin lalu.
“Dalam kurikulum baharu kita, topik keluarga akan diberi keutamaan,” kata Yusuf kepada 24 TV yang dipetik Balkan Insight.
Subjek itu mula ditawarkan pada sesi persekolahan baharu bermula Isnin, namun menteri berkenaan tidak menyatakan secara spesifik mengenai umur pelajar yang boleh mengikuti kursus terbabit.
“Kita mahu melahirkan generasi yang boleh mencerminkan nilai dan kemerdekaan negara ini kepada generasi akan datang. Kita wajib berjuang dengan cara kita sendiri,” kata menteri berkenaan.
Katanya, deklarasi hak asasi manusia sejagat juga perlu dinilai semula dan diubah kerana melindungi hak kelompok LGBT.
Turkiye di bawah pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdogan menekankan kepada nilai-nilai tradisional keluarga dan masyarakat serta menolak ideologi homoseksualiti, antara lain mempromosikan hubungan sejenis gay dan lesbian.
Sumber: Balkan Insight