Connect with us

Terkini

Isu 3R: Kertas siasatan Hadi Awang, Tun Mahathir diserah kepada Peguam Negara

Kertas siasatan membabitkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membabitkan isu agama, raja dan kaum (3R) diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.

Wartawan TMT

Published

on

Isu 3R: Kertas siasatan Hadi Awang, Tun Mahathir diserah kepada Peguam Negara
Foto: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (kiri), Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (tengah), & bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan).
  • Kertas siasatan membabitkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membabitkan isu agama, raja dan kaum (3R) diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan membabitkan Abdul Hadi diserahkan AGC pada pagi semalam.
  • “Berhubung siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan kenyataannya yang dikatakan menghina institusi diraja, itu juga diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Selasa lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Simposium Forensik Kebangsaan ke-4 2023 di Maktab Polis Diraja Malaysia, di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan membabitkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membabitkan isu agama, raja dan kaum (3R) diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan membabitkan Abdul Hadi diserahkan AGC pada pagi semalam.

“Berhubung siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan kenyataannya yang dikatakan menghina institusi diraja, itu juga diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Selasa lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Simposium Forensik Kebangsaan ke-4 2023 di Maktab Polis Diraja Malaysia, di sini semalam.

Isnin lalu, polis mengambil keterangan Abdul Hadi berhubung kenyataan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar di Johor, bulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, Abdul Hadi hanya menjawab lima daripada 24 soalan daripada pihak polis.

Ketika proses rakaman percakapan tersebut, Abdul Hadi memilih untuk menjawab baki 19 soalan polis di mahkamah.

Abdul Hadi disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam perkembangan berasingan, Razarudin mengesahkan polis akan mengambil keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa depan berhubung isu ‘fatwa’ politik yang dikeluarkannya.

“Keterangan beliau sepatutnya dilakukan pada Isnin depan, tetapi, beliau minta tangguh kerana terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan,” jelasnya.

Untuk rekod, Muhyiddin sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Johor, baru-baru ini didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan tindakan mengundi bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Suhaizan Kayat sebagai haram.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending