Connect with us

Antarabangsa

Golongan muda, ibu mengandung dan pemandu dinasihatkan jauhi ganja – Kajian

Kajian antarabangsa berkaitan penggunaan kanabis mendapati walaupun ia efektif menangani penyakit, golongan muda, ibu mengandung dan pemandu kenderaan disarankan menjauhinya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Golongan muda, ibu mengandung dan pemandu dinasihatkan jauhi ganja – Kajian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kajian antarabangsa berkaitan penggunaan kanabis mendapati walaupun ia efektif menangani penyakit, golongan muda, ibu mengandung dan pemandu kenderaan disarankan menjauhinya.
  • Ramai pakar terbabit dalam penelitian semula lebih 100 penyelidikan meta-analisis aras tinggi yang dijalankan berkenaan subjek itu dalam tempoh 20 tahun lalu.
  • Penulis kajian mendapati kesan berbahaya dapat dilihat dalam kehamilan, kemalangan kereta melibatkan populasi umum, termasuk “gejala psikotik, cubaan bunuh diri, kemurungan, amuk dan terjejasnya kognisi pengguna ganja yang sihat.” 
  • Kajian semula itu diterbitkan minggu lalu dalam The British Medical Journal dengan penelitian terhadap kajian terdahulu yang diterbitkan dari 2002 hingga 2022.

Kajian antarabangsa berkaitan penggunaan kanabis mendapati walaupun ia efektif menangani penyakit, golongan muda, ibu mengandung dan pemandu kenderaan disarankan menjauhinya.

Ramai pakar terbabit dalam penelitian semula lebih 100 penyelidikan meta-analisis aras tinggi yang dijalankan berkenaan subjek itu dalam tempoh 20 tahun lalu.

The Times of Israel melaporkan penulis kajian mendapati kesan berbahaya dapat dilihat dalam kehamilan, kemalangan kereta melibatkan populasi umum, termasuk “gejala psikotik, cubaan bunuh diri, kemurungan, amuk dan terjejasnya kognisi pengguna ganja yang sihat.” 

Mereka menasihatkan penggunaan “kanabis seharusnya dielakkan ketika remaja dan awal dewasa (kerana pembangunan neuro masih aktif).

“(Selain) kebanyakan gangguan kesihatan mental mula menyerang dan kognisi ternyata penting untuk mengoptimumkan prestasi akademik dan pembelajaran (golongan remaja dan awal dewasa itu), termasuk bagi wanita hamil dan pemandu”.

Kajian itu juga menyatakan, “bukti meyakinkan (dan) yang tertumpu, menyokong penghindaran ganja dalam kalangan remaja, awal dewasa, mereka yang terdedah kepada gangguan mental, mengalami gangguan kesihatan mental, sedang mengandung, serta sebelum dan ketika memandu”.

Penyelidik turut memaklumkan mereka yang mengalami kesakitan kronik atas pelbagai sebab, ubat berasaskan kanabis atau kanabinoid mengurangkan kesakitan sebanyak 30 peratus, “tetapi meningkatkan tekanan psikologi.”

Kajian semula itu diterbitkan minggu lalu dalam The British Medical Journal dengan penelitian terhadap kajian terdahulu yang diterbitkan dari 2002 hingga 2022.

Sumber: The Times of Israel

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *