Connect with us

Terkini

Bukit Aman siasat Ahli Parlimen DAP buat tafsiran sendiri ayat al-Quran

Polis Perak menyerahkan siasatan berhubung Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How yang dikatakan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran susulan video tular baru-baru ini kepada Bukit Aman.

Wartawan TMT

Published

on

Bukit Aman siasat Ahli Parlimen DAP buat tafsiran sendiri ayat al-Quran
Foto: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How.
  • Polis Perak serahkan siasatan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How yang tafsiran sendiri ayat al-Quran susulan video tular kepada Bukit Aman.
  • Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman susulan laporan asal atau laporan pertama mengenainya dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
  • Katanya, satu laporan diterima Polis Perak iaitu laporan NGO, Jalinan Bersatu Sahabat (JABAT) Perak, semalam meminta siasatan dan tindakan dikenakan terhadap Howard Lee kerana dianggap menghina Islam.
  • Presiden JABAT Perak, Amiruddin Mohd Daud berkata, pihaknya merasakan tindakan Howard sengaja menghina Islam memandangkan ahli parlimen itu bukan Muslim, bertindak mentafsirkan ayat di dalam al-Quran yang menyentuh perkara 3R (agama, raja, kaum).
  • Terdahulu, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak menyifatkan Howard kurang ajar dan cuba memprovokasi apabila mendakwa ahli parlimen DAP itu menjadi pentafsir al-Quran dengan memutarbelitkan tafsir ayat 59 surah an-Nisa.

IPOH: Polis Perak menyerahkan siasatan berhubung Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How yang dikatakan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran susulan video tular baru-baru ini kepada Bukit Aman.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman susulan laporan asal atau laporan pertama mengenainya yang dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Katanya, hanya satu laporan mengenainya diterima oleh Polis Perak iaitu laporan yang dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO), Jalinan Bersatu Sahabat (JABAT) Perak, semalam yang meminta siasatan dan tindakan dikenakan terhadap Howard Lee kerana dianggap menghina Islam.

“Di Perak, kita hanya menerima satu laporan berhubung dengannya dan kita rujuk kepada laporan asal yang dibuat di (Balai Polis) Jalan Tun Razak. Kes ini juga disiasat oleh pihak USJT Bukit Aman,” katanya pada sidang media di perkarangan parkir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan JABAT Perak membuat laporan polis terhadap Howard di Balai Polis Manjoi, di sini.

Presiden JABAT Perak, Amiruddin Mohd Daud dilapor berkata, pihaknya merasakan tindakan Howard sebagai sengaja menghina Islam memandangkan ahli parlimen itu bukan Muslim namun bertindak mentafsirkan ayat di dalam al-Quran yang sekali gus turut menyentuh perkara 3R (agama, raja, kaum).

Terdahulu, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak turut menyifatkan Howard sebagai kurang ajar dan cuba memprovokasi apabila mendakwa ahli parlimen DAP itu menjadi pentafsir kepada al-Quran dengan memutarbelitkan tafsir ayat 59 surah an-Nisa.

Ketua Pemuda PAS Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Hafez Sabri berkata penafsiran dibuat oleh Howard menerusi video tular itu amat dangkal serta mengandungi unsur provokasi melampau terhadap kesucian agama Islam.

“Howard menghuraikan hujah melalui sandaran dalil al-Quran supaya PAS mengikut ulil amri yang kononnya disamakan sebagai kerajaan hari ini, sedangkan beliau bukan pakar al-Quran,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending