Terkini
Anwar tidak tepati janji, ‘Tata kelola sudah jadi tata kelaut’ – Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerajui Kerajaan Perpaduan kerana dikatakan tidak berlaku adil terhadap negeri-negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
- Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerajui Kerajaan Perpaduan kerana dikatakan tidak berlaku adil terhadap negeri-negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
- Menurut Muhyiddin, ini kerana rancangan pembangunan Kerajaan Perpaduan dilihat tertumpu pada kawasan tertentu lebih-lebih lagi di negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH).
- Pengerusi PN itu berkata, situasi itu sekaligus membuktikan Anwar tidak menepati janji untuk merapatkan jurang pembangunan antara negeri dan gagal melakukan reformasi seperti diperjuangkannya sejak dahulu.
- “Pernyataan ini baik tetapi saya sangsi dengan kemampuan YAB Tambun untuk mengotakan apa yang dikata. Tatakelola katanya sudah jadi tatakelaut. Tak sampai setahun jadi kerajaan, janji-janji reformasi yang dicadang sepanjang lebih 20 tahun dahulu sudah jadi reformati,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerajui Kerajaan Perpaduan kerana dikatakan tidak berlaku adil terhadap negeri-negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Hal itu menurut Muhyiddin kerana rancangan pembangunan Kerajaan Perpaduan dilihat tertumpu pada kawasan tertentu lebih-lebih lagi di negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi PN itu berkata, situasi itu sekaligus membuktikan Anwar tidak menepati janji untuk merapatkan jurang pembangunan antara negeri dan gagal melakukan reformasi seperti diperjuangkannya sejak dahulu.
“Yang Amat Berhormat (YAB) Tambun (Datuk Seri Anwar Ibrahim) semasa pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) memetik hadis berkenaan dengan sifat amanah.
“Pernyataan ini baik tetapi saya sangsi dengan kemampuan YAB Tambun untuk mengotakan apa yang dikata. Tatakelola katanya sudah jadi tatakelaut.
“Tak sampai setahun jadi kerajaan, janji-janji reformasi yang dicadang sepanjang lebih 20 tahun dahulu sudah jadi reformati,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin turut menyentuh isu cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang tidak mendapat perhatian Perdana Menteri.
Perkara itu menurut Muhyiddin dilihat tidak adil memandangkan Anwar sebagai Perdana Menteri mengumumkan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang dan Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang di negeri-negeri di bawah pentabiran PH.
“Begitu juga janji menyediakan peruntukan sama rata bagi semua Ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang tidak dilaksanakan. Di mana sifat amanah, adil dan integritinya?” katanya.
Sumber: Utusan TV