Connect with us

Antarabangsa

Afrika tidak akan lupa Barat perdagang anak-anak mereka dalam sangkar 

Presiden Russia, Vladimir Putin pada Selasa berkata negara-negara Afrika akan mengingati tragedi hitam penindasan penjajah Barat yang memperdagangkan dan meletakkan kanak-kanak dari benua itu di dalam sangkar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Afrika tidak akan lupa Barat perdagang anak-anak mereka dalam sangkar
Foto: Presiden Russia, Vladimir Putin.
  • Presiden Russia, Vladimir Putin pada Selasa berkata negara-negara Afrika akan mengingati tragedi hitam penindasan penjajah Barat yang memperdagangkan dan meletakkan kanak-kanak dari benua itu di dalam sangkar.
  • Putin mendakwa negara sama yang pernah menjajah Afrika, kini masih memperlakukan wilayah bekas jajahan mereka dengan perhambaan yang mengikat.
  • Berucap di sesi plenari Forum Ekonomi Timur di Vladivostok, Presiden Russia itu meramalkan ia tidak menjadi kesukaran untuk Russia mengembalikan hubungan dengan Afrika seperti era soviet dahulu ketika Moscow memberikan banyak bantuan ekonomi.
  • Pemimpin Russia itu berhujah negara-negara Afrika mengingati bantuan Moscow dalam perjuangan kemerdekaan mereka dan tidak pernah bertindak sebagai penjajah.

Presiden Russia, Vladimir Putin pada Selasa berkata negara-negara Afrika akan mengingati tragedi hitam penindasan penjajah Barat yang memperdagangkan dan meletakkan kanak-kanak dari benua itu di dalam sangkar.

Putin mendakwa negara sama yang pernah menjajah Afrika, kini masih memperlakukan wilayah bekas jajahan mereka dengan perhambaan yang mengikat.

Berucap di sesi plenari Forum Ekonomi Timur di Vladivostok, Presiden Russia itu meramalkan ia tidak menjadi kesukaran untuk Russia mengembalikan hubungan dengan Afrika seperti era soviet dahulu ketika Moscow memberikan banyak bantuan ekonomi.

Pemimpin Russia itu berhujah negara-negara Afrika mengingati bantuan Moscow dalam perjuangan kemerdekaan mereka dan tidak pernah bertindak sebagai penjajah.

“Kerjasama kami sentiasa atas dasar kebersamaan atau keinginan untuk membantu,” kata Putin.

“Penduduk Afrika dibawa ke Eropah dalam sangkar… anda tidak boleh menontonnya tanpa air mata. Kanak-kanak duduk dalam sangkar, dipamerkan untuk dilihat oleh semua orang, tiada siapa yang dapat melupakannya.

“Malah sekarang, mereka cuba menjadi bos dan meneruskan dasar neo-kolonial mereka,” kata Putin dipetik RT, sambil mengaitkan hakikat pinjaman dari Eropah bernilai trilion dolar ke atas rantau itu.

Putin berkata sistem kredit ke atas negara-negara Afrika dicipta pihak Barat, yang mana sistem pinjaman itu tidak memungkinkan negara terbabit mampu membayar semula pinjaman.

Dalam memupuk hubungan lebih erat antara Russia dan rantau Afrika, sebuah forum akan dianjurkan di St. Petersburg membabitkan pelbagai perjanjian dua hala dalam pelbagai bidang.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *