Antarabangsa
Youtube, syarikat senjata api antara disaman jadi punca trauma
Sejumlah 16 individu yang menyaksikan pembunuhan 10 mangsa kulit hitam dalam kejadian tembakan tahun lepas di sebuah pasar raya dekat Buffalo di New York, Amerika Syarikat (AS) menyaman media sosial dan syarikat senjata api.
- Sejumlah 16 individu yang menyaksikan pembunuhan 10 mangsa kulit hitam dalam kejadian tembakan tahun lepas di sebuah pasar raya dekat Buffalo di New York, Amerika Syarikat (AS) menyaman media sosial dan syarikat senjata api.
- Ia sebagai tindakan untuk mereka bertanggungjawab kerana menyebabkan trauma kepada emosi.
- Aduan difailkan 16 Ogos lalu di mahkamah negeri di Buffalo menamakan YouTube dan Reddit sebagai defendan.
- Turut disaman ialah tiga peruncit iaitu Mean Arms, Vintage Firearms dan RMA Armament yang didakwa menjual peralatan senjata api dan perisai badan yang digunakan Gendron.
- Alphabet dan Google, yang memiliki YouTube, juga merupakan defendan, begitu juga ibu bapa Gendron.
NEW YORK: Sejumlah 16 individu yang menyaksikan pembunuhan 10 mangsa kulit hitam dalam kejadian tembakan tahun lepas di sebuah pasar raya dekat Buffalo di New York, Amerika Syarikat (AS) menyaman media sosial dan syarikat senjata api.
Ia sebagai tindakan untuk mereka bertanggungjawab kerana menyebabkan trauma kepada emosi.
Aduan yang difailkan 16 Ogos lalu di mahkamah negeri di Buffalo menamakan YouTube dan Reddit sebagai defendan.
Ia selepas lelaki bersenjata, Payton Gendron didakwa telah didedahkan kepada kandungan berbahaya selain menjadi radikal sekali gus membantu menjalankan serangannya.
Turut disaman ialah tiga peruncit iaitu Mean Arms, Vintage Firearms dan RMA Armament yang didakwa menjual peralatan senjata api dan perisai badan yang digunakan Gendron.
Alphabet dan Google, yang memiliki YouTube, juga merupakan defendan, begitu juga ibu bapa Gendron.
Tuntutan sivil itu difailkan badan bebas Everytown for Gun Safety.
Plaintif termasuk pekerja kedai dan pelanggan mengatakan tembakan itu menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi yang berpanjangan dan gejala termasuk kebimbangan, kemurungan, insomnia, kelesuan dan mimpi buruk.
Gendron, 18, pada masa serangan itu, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol pada Februari lalu, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan termasuk pembunuhan dan keganasan bermotifkan kebencian.
Sumber: Astro Awani