Connect with us

Antarabangsa

Wanita lebih terjejas akibat gelombang haba ekstrem- Kajian

Sekumpulan penyelidik memberi amaran bahawa kaum wanita berisiko menanggung beban lebih berat berikutan fenomena gelombang haba yang lebih kerap dan ekstrem sehingga meningkatkan ancaman terhadap pekerjaan, pendapatan dan kehidupan mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wanita lebih terjejas akibat gelombang haba ekstrem- Kajian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan penyelidik memberi amaran kaum wanita berisiko menanggung beban lebih berat berikutan fenomena gelombang haba yang lebih kerap dan ekstrem sehingga meningkatkan ancaman terhadap pekerjaan, pendapatan dan kehidupan mereka.
  • Akhbar Arab News melaporkan, kesan akibat gelombang haba semakin meningkat terhadap golongan tersebut, sama ada di rumah atau tempat kerja, demikian menurut laporan bertajuk The Scorching Divide dikeluarkan Pusat Ketahanan Yayasan Adrienne Arsht-Rockefeller (Arsht-Rock) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
  • Kajian dijalankan di India, Nigeria dan AS itu mendapati haba melampau boleh membunuh 204,000 wanita setiap tahun di tiga negara berkenaan dalam tahun-tahun yang panas.
  • “Wanita bukan sahaja lebih terdedah kepada sakit dari segi fizikal akibat cuaca panas, mereka juga perlu menjaga individu lain yang turut jatuh sakit dalam keadaan tidak sihat,” kata Pengarah Arsht-Rock, Kathy Baughman McLeod.

WASHINGTON – Sekumpulan penyelidik memberi amaran bahawa kaum wanita berisiko menanggung beban lebih berat berikutan fenomena gelombang haba yang lebih kerap dan ekstrem sehingga meningkatkan ancaman terhadap pekerjaan, pendapatan dan kehidupan mereka.

Akhbar Arab News melaporkan, kesan akibat gelombang haba semakin meningkat terhadap golongan tersebut, sama ada di rumah atau tempat kerja, demikian menurut laporan bertajuk The Scorching Divide dikeluarkan Pusat Ketahanan Yayasan Adrienne Arsht-Rockefeller (Arsht-Rock) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Kajian yang dijalankan di India, Nigeria dan AS itu mendapati haba melampau boleh membunuh 204,000 wanita setiap tahun di tiga negara berkenaan dalam tahun-tahun yang panas.

“Wanita bukan sahaja lebih terdedah kepada sakit dari segi fizikal akibat cuaca panas, mereka juga perlu menjaga individu lain yang turut jatuh sakit dalam keadaan tidak sihat,” kata Pengarah Arsht-Rock, Kathy Baughman McLeod.

Tambah McLeod, haba ekstrem turut memaksa wanita bekerja dalam tempoh lebih lama, sama ada di dalam bangunan atau di ladang contohnya, atau melakukan kerja rumah seperti memasak dan membasuh.

“Wanita-wanita yang miskin semakin terjerumus jauh ke kancah kemiskinan manakala wanita yang telah keluar dari kelompok itu kembali kepada keadaan asal,” kata McLeod.

Kaum wanita menghabiskan masa membuat kerja rumah dua kali ganda lebih lama berbanding lelaki, termasuk menjaga anak atau ahli keluarga yang lebih tua serta menguruskan kediaman, demikian menurut laporan yang sama.

“Justeru, mereka yang tidak mampu membeli pendingin hawa mengalami penurunan produktiviti yang lebih banyak,” katanya.

Ia selain itu memberi contoh keadaan di Nigeria, di mana haba memburukkan lagi gejala penyakit tropika seperti malaria dan demam kuning.

“Kaum ibu perlu menanggung beban berganda untuk menjaga diri mereka sendiri dan ahli keluarga yang sakit, menjadikan mereka perlu ‘bekerja’ berjam-jam tanpa gaji,” jelas laporan tersebut.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *