Antarabangsa
UK tahan geran 2.2 juta pound sterling untuk pusat belia Masjid Green Lane
Geran kerajaan 2.2 juta pound sterling yang dianugerahkan kepada pusat belia Masjid Green Lane di Birmingham dibatalkan selepas media sayap kanan GB News mendedahkan “sudut pandang norma Islam” imam-imam masjid itu.

- Geran kerajaan 2.2 juta pound sterling yang dianugerahkan kepada pusat belia Masjid Green Lane di Birmingham dibatalkan selepas media sayap kanan GB News mendedahkan “sudut pandang norma Islam” imam-imam masjid itu.
- Laporan media itu turut memetik imam-imam di masjid terbabit pernah merujuk kepada sesuatu yang dipanggil “Protocol of the Elders of Zion” (Protokol Tertua Zion).
- Dana yang sepatutnya disalurkan Kerajaan United Kingdom (UK) dari Jabatan Budaya, Media, dan Sukan itu digantung selepas badan penyiaran itu mendakwa masjid itu ada kaitan dengan penceramah ekstremis dan kontroversi.
- Persatuan Sekular Kebangsaan (NNS) juga dilaporkan turut menulis kepada kerajaan UK dan menuduh masjid terbabit menyokong “pandangan misoginis, homofobik dan anti-semitik”.
- Masjid Green Lane memaklumkan klip video (yang dikaitkan dengan masjid itu) rata-ratanya diambil di luar dari konteks yang menjurus kepada penerimaan emel-emel berbaur kebencian.
Geran kerajaan 2.2 juta pound sterling yang dianugerahkan kepada pusat belia Masjid Green Lane di Birmingham dibatalkan selepas media sayap kanan GB News mendedahkan “sudut pandang norma Islam” imam-imam masjid itu.
Laporan media itu turut memetik imam-imam di masjid terbabit pernah merujuk kepada sesuatu yang dipanggil “Protocol of the Elders of Zion” (Protokol Tertua Zion).
Dana yang sepatutnya disalurkan Kerajaan United Kingdom (UK) dari Jabatan Budaya, Media, dan Sukan itu digantung selepas badan penyiaran itu mendakwa masjid itu ada kaitan dengan penceramah ekstremis dan kontroversi.
Persatuan Sekular Kebangsaan (NNS) juga dilaporkan turut menulis kepada kerajaan UK dan menuduh masjid terbabit menyokong “pandangan misoginis, homofobik dan anti-semitik”.
Masjid Green Lane memaklumkan klip video (yang dikaitkan dengan masjid itu) rata-ratanya diambil di luar dari konteks yang menjurus kepada penerimaan emel-emel berbaur kebencian.
Antara petikan kata-kata ucapan dipetik dalam laporan NSS adalah ucapan yang dipetik dari kuliah masjid beberapa tahun lalu yang menyentuh topik-topik LGBT dan perihal suami isteri.
Masjid Green Lane dalam satu kenyataan berkata, hantaran media sosial yang mengelirukan seakan-akan mencari jalan untuk melemahkan projek penting yang bakal mencetus perubahan (golongan belia).
Jurucakap masjid, Saudari Umm Talha berkata klip video (yang dirujuk) dikeluarkan dari konteks serta ajaran Islam yang jelas melarang hal-hal bercanggah dengan undang-undang negara yang didiami samada di UK atau di negara lain.
Sumber: 5 Pillars UK
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS