Connect with us

Terkini

Tuduhan kafir bertentangan prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah – Menteri Agama

Umat Islam di negara ini dinasihatkan lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya menuduh seseorang Muslim lain sebagai kafir hanya disebabkan perbezaan pegangan politik dan seumpamanya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tuduhan kafir bertentangan prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah – Menteri Agama
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Na’im Mokhtar.
  • Umat Islam di negara ini dinasihatkan lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya menuduh seseorang Muslim lain sebagai kafir hanya disebabkan perbezaan pegangan politik dan seumpamanya.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Na’im Mokhtar berkata, tindakan seperti itu amat berbahaya kerana bertentangan dengan prinsip agama, selain akan mencetuskan kegelisahan dalam masyarakat.
  • “​Sebarang perkara dalam urusan agama khususnya dalam bidang akidah dan syariah perlulah dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri serta ilmuan yang diperakui kepakarannya dalam bidang tersebut,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, malam Sabtu (5 Ogos).

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini dinasihatkan lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya menuduh seseorang Muslim lain sebagai kafir hanya disebabkan perbezaan pegangan politik dan seumpamanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Na’im Mokhtar berkata, tindakan seperti itu amat berbahaya kerana bertentangan dengan prinsip agama, selain akan mencetuskan kegelisahan dalam masyarakat.

“​Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak agar lebih bertanggungjawab serta tidak sewenang-wenangnya menuduh seseorang muslim itu menjadi kafir disebabkan perbezaan politik.

“​Sebarang perkara dalam urusan agama khususnya dalam bidang akidah dan syariah perlulah dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri serta ilmuan yang diperakui kepakarannya dalam bidang tersebut,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, malam Sabtu (5 Ogos).

Jumaat (4 Ogos), viral satu rakaman video menunjukkan seorang wanita warga emas didakwa penyokong PAS tidak mahu mengundi UMNO dengan mengatakan parti itu sebagai kafir sehingga kiamat.

Kejadian dipercayai berlaku ketika kempen Barisan Nasional (BN) di sebuah negeri di Pantai Timur.

Menerusi video itu, warga emas terbabit dihampiri seorang petugas kempen sambil membawa sekeping risalah tertera gambar calon dan memberitahu bahawa dia sedang berkempen untuk calon UMNO.

Bagaimanapun, wanita itu enggan mengundinya kerana mendakwa mereka yang berada dalam UMNO sebagai kafir hingga kiamat, selain turut mendakwa parti itu sebagai asabiyyah.

Dakwanya, perkara itu ada dinyatakan dalam kitab yang diajar oleh ‘Tok Guru’, namun tidak menyatakan siapa tok guru yang dimaksudkan.

Menurut Dr. Na’im, dakwaan seumpama itu amat berat serta tidak wajar kerana sikap suka kafir mengkafir sesama Muslim adalah bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Waljamaah. – MalaysiaGazette

Sumber: Malaysia Gazatte

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *