Antarabangsa
Tenis wanita bukan untuk transgender – Navratilova
Martina Navratilova menyelar Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) kerana pendirian mereka terhadap pemain transgender selepas Alicia Rowley memenangi Kejohanan Kebangsaan Wanita.

- Martina Navratilova menyelar Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) kerana pendirian mereka terhadap pemain transgender selepas Alicia Rowley memenangi Kejohanan Kebangsaan Wanita.
- Legenda tenis Amerika Syarikat (AS) itu menyatakan pendapatnya di media sosial selepas Majlis Bebas Sukan Wanita (ICONS) mengumumkan di Instagram bahawa Rowley memenangi Kejohanan Kebangsaan 55+ Gelanggang Rumput dan Kejohanan Perseorangan dan Beregu Dalaman Kebangsaan kelmarin.
- Rowley yang menganggap dirinya ‘seorang wanita’ juga merupakan juara Kejohanan Tertutup Kebangsaan dalam kedua-dua kategori perseorangan dan beregu pada Mei tahun ini.
- Pengasas bersama ICONS, Kim Shasby Jones telah melayari Twitter untuk menyedarkan pengikutnya tentang fakta itu, dengan berpendapat bahawa tenis wanita telah bertukar menjadi “bahan ketawa.”
LONDON: Martina Navratilova menyelar Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) kerana pendirian mereka terhadap pemain transgender selepas Alicia Rowley memenangi Kejohanan Kebangsaan Wanita.
Legenda tenis Amerika Syarikat (AS) itu menyatakan pendapatnya di media sosial selepas Majlis Bebas Sukan Wanita (ICONS) mengumumkan di Instagram bahawa Rowley memenangi Kejohanan Kebangsaan 55+ Gelanggang Rumput dan Kejohanan Perseorangan dan Beregu Dalaman Kebangsaan kelmarin.
Rowley yang menganggap dirinya ‘seorang wanita’ juga merupakan juara Kejohanan Tertutup Kebangsaan dalam kedua-dua kategori perseorangan dan beregu pada Mei tahun ini.

Foto: Tangkap layar ciapan @KimJonesICONS
“Hei @USTA @WTA @Martina @ChrissieEvert. Tenis wanita bertukar menjadi bahan ketawa kerana dasar yang mengerikan ini mengutamakan kesihatan mental dan identiti lelaki berbanding wanita.
“Kita sepatutnya memberitahu wanita dan gadis yang bermain tenis bahawa mereka berhak untuk dilayan secara adil dan diiktiraf atas pencapaian dalam sukan itu.
“Malah mereka tidak perlu mencapai apa-apa jenis status elit. Sudah ada kategori untuk atlet lelaki menikmati keistimewaan ini… biarkan atlet wanita juga menikmatinya,” luahnya di Twitter.
Kelmarin, pengasas bersama ICONS, Kim Shasby Jones telah melayari Twitter untuk menyedarkan pengikutnya tentang fakta itu, dengan berpendapat bahawa tenis wanita telah bertukar menjadi “bahan ketawa.”
Jones meletakkan kesalahan tepat kepada dasar USTA, mengatakan bahawa lebih keutamaan diberikan kepada kesihatan mental lelaki berbanding pemain tenis wanita.
“Tenis wanita bertukar menjadi bahan ketawa kerana dasar yang mengerikan ini mengutamakan kesihatan mental dan identiti lelaki berbanding wanita yang telah menemui minat tenis.
“Wanita-wanita itu memanggil kami dan memohon bantuan untuk dibenarkan bermain secara adil. Mereka telah mengadu; mereka tidak tahu ke mana lagi hendak berpaling.
“Lelaki memenangi gelaran kebangsaan, mengambil tempat wanita dalam tenis berpasukan, dan bersaing dalam kejohanan wanita di seluruh negara,” katanya.
Jones merasakan lelaki transgender harus terus bersaing dalam kategori lelaki.
Menurutnya, hal itu akan membolehkan atlet wanita menikmati permainan itu juga, dan dia menggesa USTA mengubah dasarnya untuk membenarkan lelaki transgender menyertai sukan itu.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini24 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak