Connect with us

Antarabangsa

Tayang ilustrasi transgender di van kafe, Costa Coffee diancam boikot

Pengguna media sosial anti-LGBTQ mengancam untuk memboikot rangkaian kedai kopi kedua terbesar dunia, Costa Coffee selepas gambar van kafe syarikat itu yang tertera ilustrasi transgender, mula tersebar atas talian sejak Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Tayang ilustrasi transgender di van kafe, Costa Coffee diancam boikot
Foto: Ilustrasi transgender di van kafe, Costa Coffee.
  • Pengguna media sosial anti-LGBTQ mengancam untuk memboikot rangkaian kedai kopi kedua terbesar dunia, Costa Coffee selepas gambar van kafe syarikat itu yang tertera ilustrasi transgender, mula tersebar atas talian sejak Isnin.
  • Hashtag #BoycottCostaCoffee mendapat perhatian selepas pengkritik lantang mengecam ilustrasi itu yang menunjukkan transgender berparut akibat pembedahan mastektomi. 
  • “Bolehkah anda jelaskan mengapa anda mengagungkan pembedahan mastektomi untuk wanita sihat dengan kondisi sakit mental?” – Pengasas kumpulan anti-trans Thoughtful Therapists, James Esses.
  • “Saya harap kamu (Costa Coffee) akan diboikot hingga tutup” – Pengasas Reclaim Party,  Laurence Fox.
  • Syarikat itu kemudiannya mengesahkan dalam satu kenyataan kepada GB News Britain bahawa ilustrasi itu, yang direka Ashton Attzs, adalah mural yang terdapat pada van kafe Costa Expressnya.

Pengguna media sosial anti-LGBTQ mengancam untuk memboikot rangkaian kedai kopi kedua terbesar dunia, Costa Coffee selepas gambar van kafe syarikat itu yang tertera ilustrasi transgender, mula tersebar atas talian sejak Isnin.

Hashtag #BoycottCostaCoffee mendapat perhatian selepas pengkritik lantang mengecam ilustrasi itu yang menunjukkan transgender berparut akibat pembedahan mastektomi. 

Pengasas kumpulan anti-trans Thoughtful Therapists, James Esses memberitahu NBC News bahawa dia mengetahui tentang ilustrasi van kafe itu apabila salah seorang pengikutnya menghantar fotonya melalui platform X (Twitter).

Esses kemudian menyiarkan foto itu di akaunnya dan menulis kepada Costa Coffee, “Bolehkah anda jelaskan mengapa anda mengagungkan pembedahan mastektomi untuk wanita sihat dengan kondisi sakit mental?”.

Foto 1: Tangkap layar akaun platform X (Twitter) @JamesEsses

Dalam masa sama, Pengasas Reclaim Party,  Laurence Fox, turut mengecam dan menuduh syarikat rangkaian kedai kopi ternama itu mempromosikan pembedahan berisiko dalam kalangan gadis yang sihat.

 “Saya harap kamu (Costa Coffee) akan diboikot hingga tutup,” tulis Fox dalam ciapannya dipetik NBC News.

Foto 2: Tangkap layar akaun platfrom X (Twitter) @LaurenceFox

Menurut platform data Statista, Costa Coffee, yang juga anak syarikat Coca-Cola, adalah rangkaian kopi terbesar di United Kingdom dan rangkaian kopi kedua terbesar di dunia selepas Starbucks. 

Syarikat itu kemudiannya mengesahkan dalam satu kenyataan kepada GB News Britain bahawa ilustrasi itu, yang direka Ashton Attzs, adalah mural yang terdapat pada van kafe Costa Expressnya.

Sumber: NBC News

Advertisement

Author

Antarabangsa

Penyakit usus merebak dalam kalangan tentera zionis Israel

Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
  • Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
  • Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
  • Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

GAZA – Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.

Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.

Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan yang mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Hospital Assuta di Ashdod, Dr Tal Brosh menjelaskan situasi luar jangka dihadapi tentera-tentera rejim zionis itu.

“Cirit-birit merebak di kawasan-kawasan perkumpulan tentera di selatan dan kemudiannya (merebak) sesama tentera yang berperang di Gaza.

“Jangkitan dengan bakteria Shigella yang menyebabkan disenteri telah didiagnos dan ia merupakan penyakit yang sangat serius. 

Advertisement

“Penyakit itu juga merebak dalam kalangan tentera di Gaza, dan jangkitan bakteria Shigella  boleh terjadi melalui hubungan langsung sesama individu (direct contact) atau melalui makanan,” katanya dipetik Jordan News.

Sumber: Jordan News

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending