Connect with us

Terkini

Tawaran gabungan PH-BN realistik, cakupi setiap segmen masyarakat – Pengundi 

Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun yang dilancarkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) disifatkan realistik, mencakupi setiap segmen masyarakat dan boleh dilaksanakan jika gabungan itu dipilih semula membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini.

Wartawan TMT

Published

on

Tawaran gabungan PH-BN realistik, cakupi setiap segmen masyarakat – Pengundi 
Foto: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.03 Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin menyantuni peniaga pasar ketika berkempen di Pasar Pagi Sungai Besar hari ini
  • Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun yang dilancarkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) disifatkan realistik, mencakupi setiap segmen masyarakat dan boleh dilaksanakan jika gabungan itu dipilih semula membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini.
  • Penduduk negeri ini yang ditemui menyifatkan 53 tawaran yang terkandung dalam manifesto itu adalah berpaksikan rakyat, malah cukup berpuas hati dengan perincian serta platform yang digariskan PH-BN bagi memastikan warga Selangor dapat dibantu sebaiknya.
  • Pekerja swasta, Baharudin Suarnur, 48, berkata keluh-kesah orang Islam terhadap kos menunaikan haji didengari pimpinan PH-BN apabila gabungan itu memasukkan tawaran menyediakan subsidi tambang dan kos mengerjakan haji berjumlah RM2,000 kepada 3,000 jemaah muassasah kali pertama.
  • “Saya juga tertarik dengan tawaran kenaikan berperingkat elaun imam, bilal, siak dan nazir, satu hal yang menunjukkan usaha gabungan ini mengangkat syiar Islam dan pada masa sama tidak meminggirkan peruntukan kepada komuniti bukan Islam,” katanya kepada Bernama.
  • Lima teras yang ditawarkan gabungan PH-BN adalah Ekonomi Unggul dan Pendidikan Berkualiti Pemangkin Peluang Pekerjaan Berpendapatan Tinggi;  Agama Sebagai Cahaya dan Inspirasi Kehidupan Bermaruah di Selangor; Perkhidmatan Kerajaan Yang Cekap dan Efisien; Pembangunan Mampan, Selesa dan Berdaya Huni dan Selangor Negeri Penyayang Yang Membela Kepentingan Rakyat.

SHAH ALAM — Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun yang dilancarkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) disifatkan realistik, mencakupi setiap segmen masyarakat dan boleh dilaksanakan jika gabungan itu dipilih semula membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini.

Penduduk negeri ini yang ditemui menyifatkan 53 tawaran yang terkandung dalam manifesto itu adalah berpaksikan rakyat, malah cukup berpuas hati dengan perincian serta platform yang digariskan PH-BN bagi memastikan warga Selangor dapat dibantu sebaiknya.

Pekerja swasta, Baharudin Suarnur, 48, berkata keluh-kesah orang Islam terhadap kos menunaikan haji didengari pimpinan PH-BN apabila gabungan itu memasukkan tawaran menyediakan subsidi tambang dan kos mengerjakan haji berjumlah RM2,000 kepada 3,000 jemaah muassasah kali pertama.

Beliau berkata tawaran itu adalah satu langkah tepat dan jika benar-benar dilaksanakan, inisiatif tersebut pastinya memberi manfaat kepada orang Islam, khususnya mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.

“Saya juga tertarik dengan tawaran kenaikan berperingkat elaun imam, bilal, siak dan nazir, satu hal yang menunjukkan usaha gabungan ini mengangkat syiar Islam dan pada masa sama tidak meminggirkan peruntukan kepada komuniti bukan Islam,” katanya kepada Bernama.

Bagi petani, Roslan Saleh, 56, tawaran berkaitan pemberian insentif pertanian sebanyak RM1,000 kepada petani dan pesawah membuktikan gabungan itu cakna dengan nasib golongan berkenaan di Selangor.

“Semua sedia maklum, kenaikan harga input (racun dan baja) ada yang sehingga 100 peratus dan ia cukup membebankan petani seperti kami. Oleh itu, kami menyambut baik tawaran ini, kalau betul-betul direalisasi, Alhamdulillah,” katanya yang menetap di Tanjung Karang.

Sementara itu, Muhammad Iman Mohd Ahib, 22, dari Kampung Rantau Panjang, Klang berkata tawaran bagi Bantuan Mahasiswa Kita Selangor berjumlah RM1,500 kepada setiap mahasiswa sudah semestinya akan memudahkan mereka membeli kelengkapan pengajian dan keperluan lain.

Muhammad Iman yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana muda di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkata bantuan yang ditawarkan kerajaan negeri itu seakan memahami keadaan mahasiswa yang memerlukan kewangan tambahan dan secara tidak langsung mengurangkan bebanan ibu bapa.

Peniaga, Siti Aishah Amran, 30, pula menyifatkan pelanjutan program perumahan mampu milik atau Kediaman Kita Selangor memberi peluang kepada anak muda untuk membeli rumah lebih awal.

“Saya sangat setuju jika program rumah mampu milik sebelum ini (kerajaan Selangor) diteruskan kerana mereka yang tidak mempunyai pendapatan tinggi boleh mencuba (membeli rumah),” katanya yang merupakan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang.

Lima teras yang ditawarkan gabungan PH-BN adalah Ekonomi Unggul dan Pendidikan Berkualiti Pemangkin Peluang Pekerjaan Berpendapatan Tinggi;  Agama Sebagai Cahaya dan Inspirasi Kehidupan Bermaruah di Selangor; Perkhidmatan Kerajaan Yang Cekap dan Efisien; Pembangunan Mampan, Selesa dan Berdaya Huni dan Selangor Negeri Penyayang Yang Membela Kepentingan Rakyat. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending