Connect with us

Terkini

SKMM perlu perjelas sekatan terhadap UtusanTV – Geramm 

Gerakan Media Merdeka (Geramm) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberikan penjelasan berkaitan mekanisme sekatan yang dikenakan terhadap sebarang laman sesawang, khususnya portal berita dalam talian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hanani Zulkifli

Published

on

SKMM perlu perjelas sekatan terhadap UtusanTV – Geramm 
Foto: Gambar sekadar hiasan, logo GeramM.
  • Gerakan Media Merdeka (Geramm) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberikan penjelasan berkaitan mekanisme sekatan yang dikenakan terhadap sebarang laman sesawang, khususnya portal berita dalam talian.
  • Gesaan ​pertubuhan media ​itu  susulan laporan sekatan terbaru ke atas portal UtusanTV.
  • “SKMM perlu mempunyai mekanisme yang jelas dalam mengambil sebarang langkah sekatan kandungan dalam talian, terutama apabila melibatkan portal-portal berita,” kata Geramm dalam kenyataannya hari ini.
  • Geramm menegaskan langkah tapisan (censorship) itu tidak seharusnya digunakan untuk menyekat sebarang bentuk berita, rencana atau pendapat.  
  • “Sekatan yang sama juga sebelum ini dikenakan terhadap portal MalaysiaNow, dan sehingga hari ini tidak ada penjelasan terbuka dari SKMM berhubung hal tersebut,” kata Geramm. 

KUALA LUMPUR – Gerakan Media Merdeka (Geramm) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberikan penjelasan berkaitan mekanisme sekatan yang dikenakan terhadap sebarang laman sesawang, khususnya portal berita dalam talian.

Gesaan ​pertubuhan media ​itu  susulan laporan sekatan terbaru ke atas portal UtusanTV.

“SKMM perlu mempunyai mekanisme yang jelas dalam mengambil sebarang langkah sekatan kandungan dalam talian, terutama apabila melibatkan portal-portal berita,” kata Geramm dalam kenyataannya hari ini.

Memetik laporan Malaysiakini, Geramm berkata UtusanTV telah disekat melalui kaedah “DNS tampering” yang menyebabkan portal itu tidak dapat dilayari oleh sebahagian pengguna dari syarikat telekomunikasi tertentu. 

“’DNS tampering adalah cara biasa yang digunakan di Malaysia untuk menapis kandungan dalam talian, termasuk pornografi, judi online dan kekerasan melampau,” kata kenyataan itu.

Geramm menegaskan langkah tapisan (censorship) itu tidak seharusnya digunakan untuk menyekat sebarang bentuk berita, rencana atau pendapat.  

“Sekatan yang sama juga sebelum ini dikenakan terhadap portal MalaysiaNow, dan sehingga hari ini tidak ada penjelasan terbuka dari SKMM berhubung hal tersebut,” kata Geramm. 

Kenyataan itu berkata SKMM seharusnya memberi peringatan atau notis kepada pihak media berkaitan terlebih dahulu sebelum mengenakan sebarang sekatan. 

Ini kerana menurut dua kejadian dilaporkan sebelum ini, pihak editorial berkaitan tidak diberi sebarang pemberitahuan bahawa laman web mereka disekat atau alasan sekatan itu dibuat. 

“Adalah agak pelik apabila pihak SKMM sebaliknya bertindak untuk  “menyiasat” aduan yang dibuat oleh pengurusan media yang disekat, sedangkan perlu ada alasan jelas sebelum sekatan dibuat, dan tidak ada pihak berkuasa lain yang boleh mengambil tindakan sedemikian,” kata Geramm. – The Merdeka Times

 Sumber: Geramm | Facebook

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *