Connect with us

Terkini

Siasat sebelum buat kenyataan umum, peguam selar kenyataan Azam Baki

Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengenai pengumuman geran inisiatif RM350,000 oleh Kerajaan Persekutuan kepada belia Terengganu yang disifatkan bukan kesalahan rasuah diselar pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hanani Zulkifli

Published

on

Siasat sebelum buat kenyataan umum, peguam selar kenyataan Azam Baki
Foto: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki (kiri) dan Pengamal Undang-Undang, Haniff Khatri Abdulla (kanan).
  • Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengenai pengumuman geran inisiatif RM350,000 oleh Kerajaan Persekutuan kepada belia Terengganu yang disifatkan bukan kesalahan rasuah diselar pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla. 
  • Peguam kanan itu berkata  seorang ketua agensi badan jenayah seperti SPRM tidak wajar membuat kenyataan umum seolah-olah keputusan sudah dibuat berhubung tindakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah bukan rasuah, kerana ia tidak berpandukan kepada kedaulatan undang-undang.
  • Katanya, setiap ucapan dan ungkapan wajar disiasat terlebih dahulu berpandukan kepada konsep-konsep dan prinsip-prinsip perundangan dan kehakiman, bukannya diputuskan pihak agensi jenayah seperti polis mahupun SPRM. 
  • “Bagi saya, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti dan dihalusi  berpandukan kepada konsep  kedaulatan undang-undang untuk menilai sama ada kenyataan Azam Baki itu adalah wajar atau molek  dan begitu juga kenyataan Zahid Hamidi itu berunsur rasuah pilihanraya ataupun tidak. 
  • “Ia tertakluk kepada apa yang diungkapkan, kepada siapa diungkapkan, bila ianya diungkapkan, di mana ia diungkapkan, apakah yang diungkapkan, adakah ia mempunyai kecenderungan untuk menyebabkan pihak yang mendengar dan memperoleh keuntungan daripada ucapan tersebut membuat undi berpandukan daripada kenyataan tersebut?”  katanya menerusi video hantaran di Facebook pada Ahad mengulas isu ini. 
  • Terdahulu, Ahmad Zahid mengumumkan pemberian geran berjumlah RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan RM250,000 kepada Majlis Belia Malaysia semasa Himpunan Belia Lestari Generasi Unggul (LesGU) sempena program Sentuhan Kasih Desa di Terengganu. 

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengenai pengumuman geran inisiatif RM350,000 oleh Kerajaan Persekutuan kepada belia Terengganu yang disifatkan bukan kesalahan rasuah diselar pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla. 

Peguam kanan itu berkata  seorang ketua agensi badan jenayah seperti SPRM tidak wajar membuat kenyataan umum seolah-olah keputusan sudah dibuat berhubung tindakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah bukan rasuah, kerana ia tidak berpandukan kepada kedaulatan undang-undang.

Katanya, setiap ucapan dan ungkapan wajar disiasat terlebih dahulu berpandukan kepada konsep-konsep dan prinsip-prinsip perundangan dan kehakiman, bukannya diputuskan pihak agensi jenayah seperti polis mahupun SPRM. 

“Bagi saya, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti dan dihalusi berpandukan kepada konsep kedaulatan undang-undang untuk menilai sama ada kenyataan Azam Baki itu adalah wajar atau molek dan begitu juga kenyataan Zahid Hamidi itu berunsur rasuah pilihan raya ataupun tidak. 

“Ia tertakluk kepada apa yang diungkapkan, kepada siapa diungkapkan, bila ianya diungkapkan, di mana ia diungkapkan, apakah yang diungkapkan, adakah ia mempunyai kecenderungan untuk menyebabkan pihak yang mendengar dan memperoleh keuntungan daripada ucapan tersebut membuat undi berpandukan daripada kenyataan tersebut?”  katanya menerusi video hantaran di Facebook pada Ahad mengulas isu ini. 

Haniff berkata ketua-ketua agensi pencegahan jenayah seperti SPRM tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menidakkan hak mana-mana pihak membuat aduan untuk perkara itu disiasat sehingga memberi gambaran salah kepada rakyat. 

“Jangan menutup siasatan sebelum aduan dibuat  kerana kenyataan seperti itu   membuatkan rakyat di luar berfahaman bahawa kononnya ia bukannya rasuah sedangkan itu salah,” katanya. 

Justeru, beliau menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengeluarkan satu kenyataan lengkap dan menegur pihak berkenaan bahawa mereka tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang melangkaui tanggungjawab badan agensi jenayah. 

Terdahulu, Ahmad Zahid mengumumkan pemberian geran berjumlah RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan RM250,000 kepada Majlis Belia Malaysia semasa Himpunan Belia Lestari Generasi Unggul (LesGU) sempena program Sentuhan Kasih Desa di Terengganu. 

Berikutan insiden itu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menuduh Zahid cuba menormalisasikan rasuah, namun dinafikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO itu.

Terengganu adalah antara enam negeri terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. – The Merdeka Times 

Sumber: Haniff Khatri – Facebook

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *