Antarabangsa
Selepas ditahan kali kedua polis, lelaki pedofilia mahu tukar jantina
Seorang lelaki pedofilia yang ditahan kali kedua oleh pihak polis dengan hampir 1,000 imej dan video penderaan seksual kanak-kanak kini mahu menukar jantina dan namanya.
- Seorang lelaki pedofilia yang ditahan kali kedua oleh pihak polis dengan hampir 1,000 imej dan video penderaan seksual kanak-kanak kini mahu menukar jantina dan namanya.
- Polis sebelum ini menemui hampir 1,000 gambar dan video penderaan seksual kanak-kanak dan binatang ekstrem dalam peranti pelaku, Jonathan Adrian Meadow, dengan lebih 100 daripada imej dan video itu terdiri daripada Imej aktiviti penetrasi seksual, aktiviti seksual dengan haiwan dan sadisme seksual.
- Polis turut mendapati lelaki pedofilia itu juga menggunakan nama wanita dalam penggunaan akaun media sosialnya, demikian lapor Reduxx
- Peguambela bagi lelaki berusia 30 tahun itu kemudiannya memaklumkan anak guamnya itu dalam proses mengubah jantinanya kepada wanita.
Seorang lelaki pedofilia yang ditahan kali kedua oleh pihak polis dengan hampir 1,000 imej dan video penderaan seksual kanak-kanak kini mahu menukar jantina dan namanya.
Polis sebelum ini menemui hampir 1,000 gambar dan video penderaan seksual kanak-kanak dan binatang ekstrem dalam peranti pelaku, Jonathan Adrian Meadow, dengan lebih 100 daripada imej dan video itu terdiri daripada imej aktiviti penetrasi seksual, aktiviti seksual dengan haiwan dan sadisme seksual.
Polis turut mendapati lelaki pedofilia itu juga menggunakan nama wanita dalam penggunaan akaun media sosialnya, demikian lapor Reduxx.
Peguambela lelaki pedofilia itu memaklumkan anak guamnya dalam proses mengubah jantinanya kepada wanita.
Jonathan pada mulanya ditangkap pada 2019 kerana menghantar mesej kepada gadis berumur 15 tahun di media sosial selepas dia menanyakan jika mangsa menyukai “perkara seksual menyalahi undang-undang”.
Gadis itu bertindak melaporkan perkara itu kepada kakaknya dan Jonathan yang kemudiannya berkomunikasi dengan kakak gadis itu mengakui dirinya adalah seorang penganiaya kanak-kanak.
Insiden perbualan itu membawa kepada penangkapan dia di Gower, kawasan Swansea, Wales.
Penahanan semula Jonathan pada awal April lalu adalah disebabkan pegawai pemerhatinya mendapati ada beberapa red flag (perkara yang perlu diberi perhatian) sewaktu pemeriksaan rutin.
Antaranya mereka mendapati peranti milik lelaki pedofilia itu melanggar syarat pembebasan, termasuk penggunaan akaun media sosial tidak dimaklumkan kepada pihak polis.
Sumber: Reduxx