Connect with us

Terkini

Safiey Ilias dilepas tanpa bebas empat tuduhan seksual

Mahkamah Sesyen hari ini melepas tanpa membebaskan usahawan kosmetik, Safiey Ilias, daripada empat pertuduhan seksual membabitkan dua remaja lelaki, kira-kira dua tahun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Safiey Ilias dilepas tanpa bebas empat tuduhan seksual
Foto: Usahawan kosmetik, Safiey Ilias.
  • Mahkamah Sesyen hari ini melepas tanpa membebaskan usahawan kosmetik, Safiey Ilias, daripada empat pertuduhan seksual membabitkan dua remaja lelaki, kira-kira dua tahun lalu.
  • Hakim, Norhazani Hamzah, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan, supaya Safiey atau nama sebenarnya, Mohd Safiuddin Ilias, 29, dilepas tanpa dibebaskan.
  • “Kes dibatalkan. Tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada kesemua pertuduhan dan wang jaminan dikembalikan,” kata hakim itu.
  • Terdahulu, Nurfadzlin berkata, permohonan itu atas alasan tertuduh akan didakwa semula di mahkamah Pahang dan Johor Bahru berikutan mangsa yang juga saksi dalam kes itu masing-masing berada di dua negeri berkenaan.
  • Peguam bela Safiey, Harjeet Singh Sidhu, pula memohon supaya anak guam dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan itu kerana kes itu sudah berjalan lama.

AMPANG: Mahkamah Sesyen hari ini melepas tanpa membebaskan usahawan kosmetik, Safiey Ilias, daripada empat pertuduhan seksual membabitkan dua remaja lelaki, kira-kira dua tahun lalu.

Hakim, Norhazani Hamzah, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan, supaya Safiey atau nama sebenarnya, Mohd Safiuddin Ilias, 29, dilepas tanpa dibebaskan.

“Kes dibatalkan. Tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada kesemua pertuduhan dan wang jaminan dikembalikan,” kata hakim itu.

Terdahulu, Nurfadzlin berkata, permohonan itu atas alasan tertuduh akan didakwa semula di mahkamah di Pahang dan Johor Bahru berikutan mangsa yang juga saksi dalam kes itu masing-masing berada di dua negeri berkenaan.

“Sekiranya perbicaraan dijalankan di mahkamah di Ampang, ia menyukarkan mangsa dalam kes itu untuk berulang,” katanya.

Peguam bela Safiey, Harjeet Singh Sidhu, pula memohon supaya anak guam dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan itu kerana kes itu sudah berjalan lama.

Sementara itu, Safiey ketika dihubungi media, memaklumkan sedia berhadapan pertuduhan di mahkamah Pahang dan Johor Bahru jika perlu.

Mahkamah hari ini sepatutnya mendengar pendengaran bantahan awal Safiey terhadap dua daripada empat pertuduhan seksual yang dihadapi.

Safiey didakwa atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan dua mangsa menerusi aplikasi Instagram di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada jam 9 pagi, 9 Jun 2021.

Penyanyi lagu ‘Syinta Gila’ itu juga menghadapi dua pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menggoyangkan payudara di hadapan mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15(a)(i) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending