Connect with us

Terkini

PRN: PAS kekal kuasai Kelantan, Terengganu

PAS mengekalkan penguasaannya di Kelantan dan Terengganu selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Published

on

PRN: PAS kekal kuasai Kelantan, Terengganu
Foto: PAS mengekalkan penguasaannya di Kelantan dan Terengganu.

KUALA LUMPUR – PAS mengekalkan penguasaannya di Kelantan dan Terengganu selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang akhbar pengumuman keputusan rasmi di Putrajaya malam ini.

Sehingga jam 9.45 malam tadi, PAS memenangi lebih 50 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan di Terengganu dengan menguasai 17 kerusi dari 32 kerusi DUN.

“Bagi Kelantan, sehingga 9.56 malam PAS telah memenangi sejumlah 23 kerusi dari 45 kerusi yang diperuntukkan dan dengan ini berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” kata Abdul Ghani. 

Kemenangan itu menyaksikan rakyat di negeri Pantai Timur masih memberikan mandat kepada PAS dan Perikatan Nasional (PN). – The  Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author