Connect with us

Terkini

PRK: Tiada faedah sokong pembangkang – Ahmad Maslan

Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai mempunyai pilihan yang amat mudah untuk membuat keputusan mengenai siapa yang akan menjadi wakil rakyat mereka, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PRK: Tiada faedah sokong pembangkang - Ahmad Maslan
Foto: Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
  • Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai mempunyai pilihan amat mudah untuk membuat keputusan mengenai siapa akan menjadi wakil rakyat mereka, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
  • Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu berkata sekiranya pengundi memilih calon kerajaan, ia memberi petanda mereka memilih pembangunan dan keserasian antara kerajaan pusat dan negeri, sekali gus sebarang masalah setempat yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah.
  • “Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram perlu berada di bawah kerajaan bukan pembangkang, begitu juga Parlimen Pulai perlu berada dalam kerajaan, bukan berada dalam pembangkang, oleh itu jika pengundi sokong Perikatan Nasional (PN) bererti mereka sokong pembangkang yang tak ada faedah apa pun,” katanya.
  • Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir program ceramah kelompok DUN Simpang Jeram bersama calon Pakatan Harapan (PH) Nazri Abdul Rahman di Taman Sri Kasih di sini malam tadi, yang turut dihadiri Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu.

MUAR: Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai mempunyai pilihan yang amat mudah untuk membuat keputusan mengenai siapa yang akan menjadi wakil rakyat mereka, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu berkata sekiranya pengundi memilih calon kerajaan, ia memberi petanda bahawa mereka memilih pembangunan dan keserasian antara kerajaan pusat dan negeri, sekali gus sebarang masalah setempat yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah.

“Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram perlu berada di bawah kerajaan bukan pembangkang, begitu juga Parlimen Pulai perlu berada dalam kerajaan, bukan berada dalam pembangkang, oleh itu jika pengundi sokong Perikatan Nasional (PN) bererti mereka sokong pembangkang yang tak ada faedah apa pun.

“Jika mereka (pengundi) pilih calon Kerajaan Perpaduan, mereka pilih pembangunan, perpaduan dan keserasian antara kerajaan pusat dan negeri dan mereka pilih wakil rakyat yang boleh selesaikan masalah mereka dengan mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir program ceramah kelompok DUN Simpang Jeram bersama calon Pakatan Harapan (PH) Nazri Abdul Rahman di Taman Sri Kasih di sini malam tadi, yang turut dihadiri Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Persaingan merebut kedua-dua kerusi itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru, antara PH, PN dan calon Bebas.

Sumber: Astro Awani

Author