Antarabangsa
Perjuangan Palestin bukan keutamaan belia Arab Saudi – Badr Al-Saadoun
Seorang peguam Arab Saudi, Badr Al-Saadoun bertindak menyerang dan mengkritik perjuangan Palestin di TV Israel, sekali gus menimbulkan kecaman aktivis yang menolak normalisasi antara Arab Saudi dan Israel.

- Seorang peguam Arab Saudi, Badr Al-Saadoun bertindak menyerang dan mengkritik perjuangan Palestin di TV Israel, sekali gus menimbulkan kecaman aktivis yang menolak normalisasi antara Arab Saudi dan Israel.
- Peguam itu mendakwa 70 hingga 80 peratus belia Arab Saudi tidak merasakan perjuangan Palestin sebagai keutamaan mereka dan normalisasi antara Arab Saudi dan Israel akan berlaku tidak lama lagi.
- “Palestin bukan prioriti (mereka), tetapi Arab Saudi,” kata peguam itu dalam klip video temubualnya dengan stesen TV Israel Channel Kan dikongsikan di Twitter pada Jumaat lalu.
- Dia menyifatkan isu berkaitan Palestin sebagai antara “pintu pagar kecil” menuju normalisasi dua negara itu.
Seorang peguam Arab Saudi, Badr Al-Saadoun bertindak menyerang dan mengkritik perjuangan Palestin di TV Israel, sekali gus menimbulkan kecaman aktivis yang menolak normalisasi antara Arab Saudi dan Israel.
Peguam itu mendakwa 70 hingga 80 peratus belia Arab Saudi tidak merasakan perjuangan Palestin sebagai keutamaan mereka dan normalisasi antara Arab Saudi dan Israel akan berlaku tidak lama lagi.
“Palestin bukan prioriti (mereka), tetapi Arab Saudi,” kata peguam itu dalam klip video temubualnya dengan stesen TV Israel Channel Kan dikongsikan di Twitter pada Jumaat lalu.
“Kami bercakap tentang kekangan, bukan kehancuran atau pembunuhan manusia. Malangnya, penduduk Palestin yang mencemarkan reputasi diri mereka sendiri, tetapi generasi terpelajar sedang menunggu keputusan strategik – keamanan,” katanya.
Merujuk kepada penduduk Israel, Badr berkata, “mesej saya kepada saudara-saudara Israel adalah, kita mempunyai budaya dan sikap yang berbeza dari (penduduk) Palestin yang (sering) bermusuhan, tidak setia dan (bersikap) pengganas”.
Peguam itu juga mendakwa adanya sikap keterlaluan dalam isu Palestin dan menyatakan, “tujuan sebenar kami hanyalah Masjid Al-Aqsa, tetapi isu Palestin telah digunakan sebagai alasan oleh Parsi (Iran), Turk (Turkiye) dan setiap pengganas”.
Dia menyifatkan isu berkaitan Palestin sebagai antara “pintu pagar kecil” menuju normalisasi dua negara itu.
Ramai aktivis berbangsa Arab termasuk dari Arab Saudi bengang dengan dakwaan Badr lalu mengkritik dakwaannya berkaitan pendirian penduduk negara itu dan menegaskan mereka menolak usaha normalisasi dengan rejim Israel.
Sumber: Middle East Monitor
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini24 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak