Connect with us

Terkini

Penganjur GVF 2023 mahu saman kumpulan kontroversi The 1975

Penganjur Festival Good Vibes (GVF) 2023, Future Sound Asia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan muzik yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, The 1975.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penganjur GVF 2023 mahu saman kumpulan kontroversi The 1975
Foto: Vokalis The 1975, Matty Healy.
  • Penganjur Festival Good Vibes (GVF) 2023, Future Sound Asia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan muzik yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, The 1975.
  • Pengarah Hiburan Future Sound Asia, Wan Alman Ariffin berkata, syarikat berkenaan kini sedang merujuk kepada penasihat undang-undang bagi mendakwa The 1975 atas perlakuan biadab vokalis, Matty Healy di pentas sehingga mengakibatkan festival berkenaan terpaksa dihentikan.
  • “Ya, kami ada penasihat undang-undang dan sedang mempertimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap The 1975,” katanya pada sidang media, baru-baru ini.
  • Festival Good Vibes (GVF) 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang dibatalkan serta merta baru-baru ini selepas Matty mempertikai undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Penganjur Festival Good Vibes (GVF) 2023, Future Sound Asia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan muzik yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, The 1975.

Pengarah Hiburan Future Sound Asia, Wan Alman Ariffin berkata, syarikat berkenaan kini sedang merujuk kepada penasihat undang-undang bagi mendakwa The 1975 atas perlakuan biadab vokalis, Matty Healy di pentas sehingga mengakibatkan festival berkenaan terpaksa dihentikan.

“Ya, kami ada penasihat undang-undang dan sedang mempertimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap The 1975,” katanya pada sidang media, baru-baru ini.

Festival Good Vibes (GVF) 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang dibatalkan serta merta baru-baru ini selepas Matty mempertikai undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia.

Beliau kemudian mencium anggota kumpulannya yang juga pemain gitar bes, Ross McDonalds di atas pentas.

Sambil memegang botol arak, Healy turut meludah dan melakukan aksi kurang sopan di pentas festival berkenaan.

Pembatalan serta merta itu diarahkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.-

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *