Terkini
Pembatalan konsert Lauv di Malaysia dipercayai ekoran spekulasi isu LGBT
Penyanyi dan penggubah lagu Amerika Lauv membatalkan persembahan di Kuala Lumpur bulan depan dan penganjur Live Nation menawarkan pembayaran balik harga tiket.
- Penyanyi dan penggubah lagu Amerika Lauv membatalkan persembahan di Kuala Lumpur bulan depan dan penganjur Live Nation menawarkan pembayaran balik harga tiket.
- Menurut Hype.my, terdapat spekulasi di media sosial bahawa pembatalan itu mempunyai kaitan dengan kontroversi dalam Festival Good Vibes yang dibatalkan selepas terdapat dua artis lelaki bercium di atas pentas.
- Lauv mendedahkan dia seorang biseksual pada tahun lepas.
- Perkembangan ini menimbulkan persoalan sama ada persembahan Coldplay, kumpulan rock popular British, di Kuala Lumpur pada November ini akan terjejas.
Penyanyi dan penggubah lagu Amerika Lauv membatalkan persembahan di Kuala Lumpur bulan depan dan penganjur Live Nation menawarkan pembayaran balik harga tiket.
Menurut Hype.my, terdapat spekulasi di media sosial bahawa pembatalan itu mempunyai kaitan dengan kontroversi dalam Festival Good Vibes yang dibatalkan selepas terdapat dua artis lelaki bercium di atas pentas.
Lauv mendedahkan dia seorang biseksual pada tahun lepas.
Perkembangan ini menimbulkan persoalan sama ada persembahan Coldplay, kumpulan rock popular British, di Kuala Lumpur pada November ini akan terjejas.
Coldplay terkenal sebagai pendukung hak masyarakat LGBT.
Mei lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengalu-alukan keputusan Coldplay untuk beraksi di Malaysia.
Persembahan artis besar luar negara memberi manfaat ekonomi kepada sesebuah negara kerana ia dapat menarik peminat luar negara.
Sementara itu, Muse juga memberi bayangan bahawa mereka mendukung perjuangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini dengan menyanyikan lagu Resistance.
Memuatkan bendera pelangi yang menjadi simbol LGBT, pemain dramnya Dominic Howard berkata ia memberi mesej lebih penting sesuai dengan keadaan semasa.
Sumber: Malaysiakini