Connect with us

Terkini

Peguam Negara didesak siasat kesahihan ‘memo dalaman’ kes Najib 

UMNO Pekan hari ini mendesak supaya Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun segera menyiasat dan menjelaskan kepada umum tentang dokumen memo dalaman pasukan pendakwaan kes 1MDB-IPIC yang tular baru-baru ini.

Wartawan TMT

Published

on

Peguam Negara didesak siasat kesahihan ‘memo dalaman’ kes Najib 
Foto: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak (tengah).
  • UMNO Pekan hari ini mendesak Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun segera menyiasat dan menjelaskan kepada umum tentang dokumen memo dalaman pasukan pendakwaan kes 1MDB-IPIC yang tular baru-baru ini.
  • Ketua UMNO Bahagian Pekan, Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menegaskan, siasatan lanjut dan telus perlu diselaraskan atas prinsip keadilan, yang mana “keadilan bukan sahaja hendaklah dilakukan, tetapi ia juga hendaklah dilihat sebagai sudah dilakukan”.
  • “UMNO Pekan maklum mutakhir ini telah terbocor memo dalaman bertarikh 10 September 2019, setebal 12 muka surat dari pasukan pendakwaan kes 1MDB-IPIC kepada Peguam Negara ketika itu iaitu Tan Sri Tommy Thomas.
  • “Bagi kes 1MDB-IPIC ini, Datuk Seri Mohd Najib telah didakwa bersama dengan Tan Sri Irwan, mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 25 Oktober 2018.
  • “Namun berdasarkan memo dalaman tersebut jelas menunjukkan bahawa kesemua anggota pasukan pendakwaan yang terdiri daripada tujuh orang DPP dan lima orang pegawai penyiasat telah sebulat suara mengesyorkan bahawa kes ini tidak layak dibawa ke mahkamah kerana tidak cukup bukti untuk disabitkan kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PEKAN – UMNO Pekan hari ini mendesak supaya Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun segera menyiasat dan menjelaskan kepada umum tentang dokumen memo dalaman pasukan pendakwaan kes 1MDB-IPIC yang tular baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Pekan, Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menegaskan, siasatan lanjut dan telus perlu diselaraskan atas prinsip keadilan, yang mana “keadilan bukan sahaja hendaklah dilakukan, tetapi ia juga hendaklah dilihat sebagai sudah dilakukan”.

“UMNO Pekan maklum mutakhir ini telah terbocor memo dalaman bertarikh 10 September 2019, setebal 12 muka surat dari pasukan pendakwaan kes 1MDB-IPIC kepada Peguam Negara ketika itu iaitu Tan Sri Tommy Thomas.

“Bagi kes 1MDB-IPIC ini, Datuk Seri Mohd Najib telah didakwa bersama dengan Tan Sri Irwan, mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 25 Oktober 2018.

“Namun berdasarkan memo dalaman tersebut jelas menunjukkan bahawa kesemua anggota pasukan pendakwaan yang terdiri daripada tujuh orang DPP dan lima orang pegawai penyiasat telah sebulat suara mengesyorkan bahawa kes ini tidak layak dibawa ke mahkamah kerana tidak cukup bukti untuk disabitkan kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Fakhruddin berkata, UMNO Pekan amat berdukacita dan hiba kerana pada hari ini 23 Ogos 2023 merupakan genap setahun Najib berada di penjara Kajang apabila Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas beliau bagi kes SRC International Sdn Bhd.

“Umum diketahui bahawa perbicaraan kes 1MDB-IPIC tidak pernah bermula setelah ditangguh berulang kali oleh pihak pendakwaan selama lima tahun sejak didakwa pada tahun 2018,” tambah beliau.

Tegas beliau, jika benar dokumen berkenaan terbukti sahih, maka telah berlaku kezaliman terhadap Najib, seorang pemimpin yang telah banyak berjasa kepada negara.

Maka seharusnya Pejabat Peguam Negara perlu menarik semula kesemua enam pertuduhan berkait kes 1MDB-IPIC ini serta siasatan dibuat bagi menyiasat sama ada wujud elemen salah guna kuasa oleh individu tertentu dalam memastikan pertuduhan diteruskan terhadap bekas perdana menteri itu.

Tambahnya kes tersebut boleh menyebabkan implikasi yang sangat besar dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu kerana syarikat IPIC adalah milik kerajaan Abu Dhabi. – MalaysiaGazette

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending