Connect with us

Terkini

MB Selangor tuntut Sanusi minta maaf, bayar ganti rugi RM10 juta

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor diberikan tempoh 48 jam membayar ganti rugi RM10 juta atas tindakan memfitnah dan mengeluarkan berita palsu berhubung kenyataan fitnah berkaitan Projek Gerbang Maritim Selangor (MSG).

Wartawan TMT

Published

on

MB Selangor tuntut Sanusi minta maaf, bayar ganti rugi RM10 juta
Foto: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin (kiri) dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor (kanan).
  • Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor diberikan tempoh 48 jam membayar ganti rugi RM10 juta atas tindakan memfitnah dan mengeluarkan berita palsu berhubung kenyataan fitnah Projek Gerbang Maritim Selangor (MSG).
  • Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin berkata, ini kerana ucapan dibuat Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) tersebut pada 2 Ogos lalu menjejaskan institusi Datuk Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor.
  • Katanya, satu surat tuntutan disampaikan menerusi peguam beliau kepada Muhammad Sanusi pada pukul 7:36 semalam.
  • Jelas Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, beliau terpaksa meneruskan tindakan undang-undang menerusi proses mahkamah sekiranya Muhammad Sanusi gagal berbuat demikian.

SHAH ALAM – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor diberikan tempoh 48 jam membayar ganti rugi RM10 juta atas tindakan memfitnah dan mengeluarkan berita palsu berhubung kenyataan fitnah berkaitan Projek Gerbang Maritim Selangor (MSG).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin berkata, ini kerana ucapan dibuat Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) tersebut pada 2 Ogos lalu telah menjejaskan institusi Datuk Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, satu surat tuntutan telah disampaikan menerusi peguam beliau kepada Muhammad Sanusi pada pukul 7:36 semalam.

“Sanusi telah memfitnah antara lain, bahawa saya memberikan tanah negeri secara percuma kepada syarikat swasta.

“Dalam surat yang disampaikan itu, saya telah menuntut supaya Sanusi dalam tempoh 48 jam itu menarik balik dan minta maaf kenyataan fitnah itu, menjamin bahawa fitnah tersebut tidak diulang serta membayar ganti rugi RM10 juta atas tindakan memfitnah dan mengeluarkan berita palsu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelas Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, beliau terpaksa meneruskan dengan tindakan undang-undang menerusi proses mahkamah sekiranya Muhammad Sanusi gagal berbuat demikian.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi dilaporkan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah apabila mendakwa Vincent Tan iaitu kroni kepada Amirudin telah memperoleh tanah seluas 600 ekar atau 243 hektar secara percuma.

Advertisement

Ia termasuk tuduhan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor bakal mengalami kerugian mencecah RM180 juta jika Vincent Tan diberikan projek sungai bernilai RM10 bilion.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending