Connect with us

Terkini

LGBT: Kertas siasatan pengikut ajaran ‘The Ahmadi’ ke Pejabat Peguam Negara

Kertas siasatan terhadap lapan pengikut fahaman The Ahmadi yang melakukan perhimpunan berkaitan hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di depan kompleks beli-belah Sogo pada 29 Julai lepas, telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat.

Wartawan TMT

Published

on

LGBT: Kertas siasatan pengikut ajaran 'The Ahmadi' ke Pejabat Peguam Negara
Foto: Lapan individu dipercayai ahli "The Ahmadi Religion of Peace and Light" (The Ahmadi) ditahan selepas mengadakan perhimpunan hak LGBT di Sogo.
  • Kertas siasatan terhadap lapan pengikut fahaman The Ahmadi yang melakukan perhimpunan berkaitan hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di depan kompleks beli-belah Sogo pada 29 Julai lepas, telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat.
  • Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kesemua lapan suspek berumur 18 hingga 56 tahun itu, bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman mereka tamat.
  • “Mereka dibebaskan Isnin lepas dengan jaminan polis setelah direman sehari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya kepada pemberita.
  • Pada 31 Julai lepas, lapan individu dipercayai ahli “The Ahmadi Religion of Peace and Light” (The Ahmadi) ditahan selepas mengadakan perhimpunan di depan Sogo, dengan memegang plakad menyokong LGBT.

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan terhadap lapan pengikut fahaman The Ahmadi yang melakukan perhimpunan berkaitan hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di depan kompleks beli-belah Sogo pada 29 Julai lepas, telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kesemua lapan suspek berumur 18 hingga 56 tahun itu, bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman mereka tamat.

“Mereka dibebaskan Isnin lepas dengan jaminan polis setelah direman sehari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program KL Cops Urbanathlon 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini Sabtu lepas.

Pada 31 Julai lepas, lapan individu dipercayai ahli “The Ahmadi Religion of Peace and Light” (The Ahmadi) ditahan selepas mengadakan perhimpunan di depan Sogo, dengan memegang plakad menyokong LGBT.

Sementara itu, mengulas tentang program yang julung kali diadakan itu, Mohd Shuhaily berkata ia diadakan bagi mengeratkan hubungan di samping menanamkan gaya hidup sihat dalam diri anggota polis Kuala Lumpur.

Katanya, sebanyak 180 peserta membabitkan 36 pasukan mewakili 10 jabatan di IPK Kuala Lumpur dan enam daerah polis Kuala Lumpur termasuk dua pasukan media terlibat dalam program berkenaan.

Advertisement

Sumber : Astro Awani

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending