Terkini
Kes 1MDB: Hukuman penjara Roger Ng ditangguh
Bekas jurubank Kumpulan Goldman Sachs, Roger Ng diberi penangguhan saat akhir bagi hukuman penjara 10 tahun yang dikenakan terhadapnya.
- Bekas jurubank Kumpulan Goldman Sachs, Roger Ng diberi penangguhan saat akhir bagi hukuman penjara 10 tahun yang dikenakan terhadapnya.
- Ng dikenakan hukuman berkenaan pada April lalu selepas disabit kesalahan terlibat dalam penyelewengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
- Bekas jurubank itu yang dijadualkan menjalani hukuman penjara itu bermula 7 Ogos ini, dibenarkan menangguhkan serah diri selama 30 hari bagi membolehkan rundingan diadakan antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia berhubung kemungkinan Ng dihantar pulang ke negara ini untuk membantu siasatan 1MDB.
NEW YORK – Bekas jurubank Kumpulan Goldman Sachs, Roger Ng diberi penangguhan saat akhir bagi hukuman penjara 10 tahun yang dikenakan terhadapnya.
Ng dikenakan hukuman berkenaan pada April lalu selepas disabit kesalahan terlibat dalam penyelewengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas jurubank itu yang dijadualkan menjalani hukuman penjara itu bermula 7 Ogos ini, dibenarkan menangguhkan serah diri selama 30 hari bagi membolehkan rundingan diadakan antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia berhubung kemungkinan Ng dihantar pulang ke negara ini untuk membantu siasatan 1MDB.
Jika dia dibenarkan pulang ke Malaysia, Ng akan bebas untuk tempoh lebih lama lagi, fakta yang ditekankan pendakwa raya terhadap penangguhan itu dalam prosiding di depan hakim daerah AS, Margo Brodie di Brooklyn, New York, Sabtu (5 Ogos).
Pendakwa raya menegaskan sekiranya Ng dibenarkan pulang ke Malaysia, maka bekas pegawai itu akan bebas lebih lama lagi.
Itu antara fakta ditekankan pasukan pendakwa raya terhadap permohonan penangguhan hukuman penjara itu dalam perbicaraan di hadapan hakim daerah AS, Margo Brodie di Brooklyn, New York.
“Ng mahu pulang ke Malaysia yang mana dia akan terus bebas,” kata penolong peguam AS, Drew Rolle.
Menurut pendakwa raya, terdapat kepentingan awam yang tinggi dalam kes Ng untuk memulakan hukumannya serta-merta.
Malah, jelasnya, bekas jurubank itu masih boleh membantu Malaysia semasa berada dalam tahanan.
Sementara itu, peguam mewakili Ng iaitu Marc Agnifilo memaklumkan Malaysia mahu Ng dibawa pulang ke negara ini berdasarkan perjanjian terdahulu dilakukan dengan AS.
Agnifilo sebelum ini memohon penangguhan penyerahan diri Ng selama 45 hari.
“Mereka mahu anak guam saya berada di Malaysia. Mereka mahu menyelesaikan perbicaraan kes itu,” katanya kepada hakim dalam perbicaraan.
Ng disabitkan bersalah pada April tahun lalu kerana didapati bersubahat dengan bekas majikannya di Goldman, Tim Leissner dan ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho dalam penyelewengan skandal 1MDB.
Pendakwa raya memaklumkan Ng menerima jutaan dolar dalam bentuk sogokan menerusi tiga perjanjian bon diaturkan Goldman Sachs untuk 1MDB.
Sumber: Utusan Malaysia