Connect with us

Terkini

“Jelaskan mengapa ketua pendakwa kes Zahid Hamidi digugurkan?” – PEJUANG 

Seorang pemimpin Pejuang menggesa Peguam Negara Idrus Harun menjelaskan mengapa Raja Rozela Raja Toran digugurkan sebagai timbalan pendakwa raya utama dalam perbicaraan rasuah Zahid Hamidi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“Jelaskan mengapa ketua pendakwa kes Zahid Hamidi digugurkan?” - PEJUANG 
Foto: Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid Ali (kiri), Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi (tengah), Timbalan Pendakwa Raya Utama, Raja Rozela Raja Toran (kanan).
  • Pejuang gesa Peguam Negara Idrus Harun menjelaskan mengapa Raja Rozela Raja Toran digugurkan sebagai timbalan pendakwa raya utama dalam perbicaraan rasuah Zahid Hamidi.
  • Ia selepas New Straits Times, yang memetik sumber, melaporkan Raja Rozela tidak lagi mengendalikan kes itu. Beliau tidak hadir semasa prosiding minggu lalu.
  • Ketika dihubungi, Raja Rozela hanya berkata kepada akhbar itu: “Saya adalah penjawat awam. Saya tidak dibenarkan untuk memberi komen. Minta maaf,” katanya.
  • Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid Ali, berkata peguam negara tidak boleh berdiam diri berhubung perkara itu dan mesti memberikan penjelasan.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pejuang menggesa Peguam Negara Idrus Harun menjelaskan mengapa Raja Rozela Raja Toran digugurkan sebagai timbalan pendakwa raya utama dalam perbicaraan rasuah Zahid Hamidi.

Ia selepas New Straits Times, yang memetik sumber, melaporkan Raja Rozela tidak lagi mengendalikan kes itu. Beliau tidak hadir semasa prosiding minggu lalu.

Ketika dihubungi, Raja Rozela hanya berkata kepada akhbar itu: “Saya adalah penjawat awam. Saya tidak dibenarkan untuk memberi komen. Minta maaf,” katanya.

Usaha FMT untuk mendapatkan maklum balas Idrus berhubung perkara itu juga tidak berjaya.

Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid Ali, berkata peguam negara tidak boleh berdiam diri berhubung perkara itu dan mesti memberikan penjelasan.

Dengan kes Yayasan Akal Budi Zahid kini di peringkat pembelaan, Rafique menegaskan Raja Rozela mengendalikan kes tersebut dari awal dan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap presiden UMNO itu.

“”sekarang? Peguam negara tidak boleh berdiam diri. Rakyat memerhati dan menilai,” katanya di Facebook.

Zahid dibicarakan atas 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akal Budi, yang diasaskannya, dan menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa beliau menjadi menteri dalam negeri.

Sebanyak 12 daripada pertuduhan adalah kes CBT, lapan kes rasuah, dan 27 kes pengubahan wang haram.

Minggu lalu, pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi ia masih mempertimbangkan representasi Zahid berhubung kes rasuahnya yang sedang berjalan.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *