Connect with us

Terkini

Islam ‘cara hidup’ hak Muslim dalam perlembagaan, peguam menyelar tohmahan MCCBCHST 

“Agama Islam bukan sekadar ceremonial (istiadat) bagi Muslim”, demikian penegasan peguam, Lukman Sheriff Alias kepada Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang menidakkan Islam sebagai cara hidup kelompok Muslim.

Hidayah Sani

Published

on

Islam ‘cara hidup’ hak Muslim dalam perlembagaan, peguam menyelar tohmahan MCCBCHST 
Foto: Peguam, Lukman Sheriff Alias.
  • Agama Islam bukan sekadar ceremonial (istiadat) bagi Muslim”, demikian penegasan peguam, Lukman Sheriff Alias kepada Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang menidakkan Islam sebagai cara hidup kelompok Muslim.
  • Lukman berkata kelompok Muslim diajar dari bangku sekolah bahawa Islam ‘as the way of life’ atau Islam adalah cara hidup untuk mereka.
  • “Agama Islam bukan sekadar ceremonial bagi Muslim. Muslim mahu be governed by shariah sebagai their way of life. Dan ini merupakan struktur asas perlembagaan kita.
  • “Jadi saya sedih MCCBCHST tak memahami dan menolak konsep ini. Lepas tu cuba berhujah tidak berperlembagaan pula. Bagi Muslim Islam dalam perlembagaan lebih dari ceremonial,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
  • MCCBCHST dilapor membantah tindakan Kementerian Pendidikan memperkenalkan modul berkaitan hadis di semua sekolah di seluruh negara walaupun ianya diperjelaskan hanya untuk pelajar Islam.
  • Majlis perundingan agama itu juga mendakwa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan mengehadkan status Islam sebagai “agama rasmi persekutuan” kepada ritual dan upacara keagamaan.

KUALA LUMPUR —Agama Islam bukan sekadar ceremonial (istiadat) bagi Muslim”, demikian penegasan peguam, Lukman Sheriff Alias kepada Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang menidakkan Islam sebagai cara hidup kelompok Muslim.

Lukman berkata kelompok Muslim diajar dari bangku sekolah bahawa Islam ‘as the way of life’ atau Islam adalah cara hidup untuk mereka.

Katanya, bagi setiap Muslim dari sekolah kebangsaan lagi mereka diajarkan agama bukan suatu konsep peribadi seperti di Barat ataupun terhad kepada upacara sahaja.

“Saya tak tahu salah komunikasi berlaku atau tidak, tetapi alasan menolak 40 hadis cukup mengguris hati. MCCBCHST menyangkal konsep Islam as a way of life

“Kalau mereka membantah bahawa mereka tidak mahu pengajian hadis 40 terpakai kepada bukan Muslim saya bolehlah faham sedikit. Fair comment pada saya. Tetapi menidakkan Islam as a way of life untuk sekolah kebangsaan dah tak betul,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Beliau mengulas bantahan disuarakan MCCBCHST terhadap tindakan Kementerian Pendidikan memperkenalkan subjek berkaitan hadis di semua sekolah di seluruh negara.

MCCBCHST berkata Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan mengehadkan status Islam sebagai “agama rasmi persekutuan” kepada ritual dan upacara keagamaan.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut merayu Kerajaan dan Menteri Pendidikan agar berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan agama Islam sebagai cara hidup diperkenalkan di sekolah kebangsaan.

Mengulas lanjut, Lukman berkata di Malaysia sekiranya Muslim melakukan kesalahan ia tidak dilihat sebagai berdosa sahaja atau satu isu peribadi.

Ini berikutan, sejak sebelum 1957 sehingga selepas Perlembagaan Persekutuan digubal, perbuatan seperti tidak berpuasa, minum arak, zina dan ajaran sesat serta sebagainya adalah kesalahan di bawah jenayah syariah.

“Agama Islam bukan sekadar ceremonial bagi Muslim. Muslim mahu be governed by shariah sebagai their way of life. Dan ini merupakan struktur asas perlembagaan kita.

“Jadi saya sedih MCCBCHST tak memahami dan menolak konsep ini. Lepas tu cuba berhujah tidak berperlembagaan pula. Bagi Muslim Islam dalam perlembagaan lebih dari ceremonial. 

“Mereka mahu di govern oleh undang-undang syariah sebagai as a way of life. Dan ini constitutional/ berperlembagaan. Hak muslim yang terpelihara,” katanya. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Lukman Sheriff

Author

Terkini

(VIDEO) Isu ‘politik bodoh’ tiada kaitan Perkara 153, Menteri Kesihatan & KPT selesai segera isu ‘Parallel Pathway’ ! – KJ

Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan (kiri), Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (tengah bawah), Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Zambry Abdul Kadir (tengah atas) dan Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kanan).
  • Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.
  • KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
  • So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .
  • “UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya,” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.
  • Media sebelum ini melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).
  • Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR — Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.

KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .

“UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya. 

We want to settle a very specific problem so menteri kesihatan, menteri pengajian tinggi, ketua pengarah kesihatan this problem has gone on long enough (masalah ini telah berlarutan cukup lama) dan dia dah menjadi masalah percakapan dan juga perdebatan yang bodoh yang sekarang ini melibatkan benda yang sepatutnya tak dilibatkan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan sebagainya.

“Selesaikanlah isu ini, I mean you are the ministers, you are the director general of health for god’s sake, get it done, (Maksud saya, anda adalah menteri, anda adalah ketua pengarah kesihatan demi tuhan, selesaikan isu ini),” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.

Portal berita kesihatan CodeBlue pada April lalu melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Memetik laporan Malaysiakini, difahamkan pada 20 Mac lalu terdapat empat graduan yang menjalankan program latihan ijazah lanjutan kepakaran bersama Royal College of Surgeons Edinburgh dalam pembedahan kardiotoraks memfailkan permohonan semakan kehakiman bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia adalah untuk mencabar keputusan MMC yang menolak permohonan graduan terbabit pada 21 Disember lalu untuk berdaftar di Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR).

MMC dikatakan menolak pendaftaran mereka kerana kelulusan Persekutuan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Pembedahan Kardiotoraks (FRCS Ed) tidak diiktiraf. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending