Terkini
Jangan polemikkan pengajaran hadis di sekolah, ia hanya babitkan pelajar Islam – ABIM
Pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tidak seharusnya dipolemikkan kerana modul itu diterapkan dalam lingkungan pelajar beragama Islam sahaja, kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz.

- Pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tidak seharusnya dipolemikkan kerana modul itu diterapkan dalam lingkungan pelajar beragama Islam sahaja, kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz.
- Presiden ABIM itu menegaskan pelaksanaan modul itu bertepatan keperluan semasa dan masa hadapan negara untuk memupuk amalan kesederhanaan yang dianjurkan sebagai nilai hidup khususnya dalam kalangan generasi muda Muslim.
- “Dalam masa sama, ABIM juga menegaskan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan tidak hanya bersifat ritual.
- “Sebaliknya tafsiran kepada peruntukan Perlembagaan tersebut adalah meluas mencakupi Islam sebagai agama dan cara hidup sempurna Muslim di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
- Mengulas isu sama, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan menggesa MCCBCHST supaya tidak mencampuri urusan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Perkara 3 Islam sebagai agama persekutuan dan hal ehwal agama yang terletak dibawah kuasa Sultan dan Raja-Raja.
- Tindakan MCCBCHST itu dilihat boleh menggugat keharmonian kaum dan agama serta melanggar titah ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong YDPA agar tidak menyentuh hal yang berkaitan 3R (raja, agama dan kaum), kata Mohd Azizee.
- Terdahulu, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) dilaporkan membantah tindakan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan subjek berkaitan hadis di semua sekolah di seluruh negara, yang disifatkannya sebagai mungkin bercanggah dengan perlembagaan.
KUALA LUMPUR — Pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tidak seharusnya dipolemikkan kerana modul itu diterapkan dalam lingkungan pelajar beragama Islam sahaja, kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz.
Presiden ABIM itu menegaskan pelaksanaan modul itu bertepatan keperluan semasa dan masa hadapan negara untuk memupuk amalan kesederhanaan yang dianjurkan sebagai nilai hidup khususnya dalam kalangan generasi muda Muslim.
Katanya, penerapan modul himpunan hadis 40 Imam Nawawi itu secara langsung boleh menjadi kunci untuk memastikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini dapat terus dipelihara.
“Dalam masa sama, ABIM juga menegaskan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan tidak hanya bersifat ritual.
“Sebaliknya tafsiran kepada peruntukan Perlembagaan tersebut adalah meluas mencakupi Islam sebagai agama dan cara hidup sempurna Muslim di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Muhammad Faisal berkata kedudukan Perkara 3 itu sudah diperjelaskan menerusi penghakiman di Mahkamah Persekutuan di mana beliau memetik kes ‘Azalina Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dua yang lain’ sebagai contoh.
“Sebagai contoh dalam kes Azalina Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & 2 Yang Lain [2007] 3 AMR 693, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz memberi makna Islam sebagai: “bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman”.
“Justeru ABIM menggesa semua pihak berlapang dada serta menghormati inisiatif kerajaan khususnya dalam membawa pendidikan Islam yang sememangnya sejajar dengan nilai-nilai murni masyarakat kita,” katanya.
Terdahulu, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) dilaporkan membantah tindakan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan subjek berkaitan hadis di semua sekolah di seluruh negara.
MCCBCHST berkata Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan mengehadkan status Islam sebagai “agama rasmi persekutuan” kepada ritual dan upacara keagamaan.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut memberi amaran kepada Kerajaan dan Kementerian Pendidikan bahawa sebarang penguatkuasaan modul itu secara unilateral di sekolah kebangsaan akan mengundang tindakan mahkamah.
Mengulas isu sama, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) Mohd Azizee Hasan menggesa MCCBCHST supaya tidak mencampuri urusan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Perkara 3 Islam sebagai agama persekutuan dan hal ehwal agama yang terletak di bawah kuasa Sultan dan Raja-Raja.
Katanya, tindakan MCCBCHST itu boleh menggugat keharmonian kaum dan agama serta melanggar titah ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong YDPA agar tidak menyentuh hal yang berkaitan 3R (raja, agama dan kaum).
“iGuru menyokong dan mempertahankan usaha pihak KPM melancarkan Modul Hadis 40 sebagai wahana pengukuhan kefahaman Islam kepada murid-murid yang beragama Islam yang tidak melibatkan murid bukan Islam.
“Semua pihak perlu menyokong hasrat murni ini berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM), Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS