Connect with us

Terkini

MCCBCHST bantah pengajaran hadis di sekolah kebangsaan

Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) membantah tindakan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan subjek berkaitan hadis di semua sekolah di seluruh negara.

Wartawan TMT

Published

on

MCCBCHST bantah pengajaran hadis di sekolah kebangsaan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) membantah tindakan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan subjek berkaitan hadis di semua sekolah di seluruh negara.
  • Melahirkan kebimbangan mendalam terhadap pelancaran modul “40 Hadis Imam Al-Nawawi”, MCCBCHST berkata langkah memperkenalkan subjek itu di seluruh negara mungkin bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
  • “Hadis itu jelas sebahagian daripada agama Islam. Nampaknya tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan kita yang membenarkan ajaran Islam sebegitu di sekolah jenis kebangsaan. Ini mungkin dilaksanakan di sekolah agama Islam,” kata MCCBCHST dalam satu kenyataan di sini semalam.
  • MCCBCHST berkata menteri berkenaan, Fadhlina Sidek, memaklumkan modul itu akan dilaksanakan di sekolah menengah agama kerajaan sebelum diperluaskan kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan pada tahun depan. 
  • Justeru, MCCBCHST beri amaran kepada Kerajaan dan Kementerian Pendidikan bahawa sebarang penguatkuasaan modul itu secara unilateral akan mengundang tindakan mahkamah. 

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) membantah tindakan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan subjek berkaitan hadis di semua sekolah di seluruh negara.

Melahirkan kebimbangan mendalam terhadap pelancaran modul “40 Hadis Imam Al-Nawawi”, MCCBCHST berkata langkah memperkenalkan subjek itu di seluruh negara mungkin bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

MCCBCHST berkata menteri berkenaan, Fadhlina Sidek, memaklumkan modul itu akan dilaksanakan di sekolah menengah agama kerajaan sebelum diperluaskan kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan pada tahun depan.

“Oleh itu, ia akan merangkumi sekolah jenis kebangsaan yang merangkumi pelajar daripada agama berbeza,” kata MCCBCHST dalam satu kenyataan di sini semalam. 

Majlis perundingan agama itu berkata hadis terbabit adalah jelas sebahagian daripada agama Islam.

“Hadis itu jelas sebahagian daripada agama Islam. Nampaknya tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan kita yang membenarkan ajaran Islam sebegitu di sekolah jenis kebangsaan. Ini mungkin dilaksanakan di sekolah agama Islam,” kata MCCBCHST.

MCCBCHST berkata Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan mengehadkan status Islam sebagai “agama rasmi persekutuan” kepada ritual dan upacara keagamaan.

Advertisement

“Ia tidak memasukkan Islam sebagai konsep yang merangkumi semuanya kerana ia (Islam) biasanya difahami sebagai sistem kehidupan yang menyeluruh,” kata MCCBCHST sambil menekankan modul itu hanya boleh diajar di sekolah agama.

MCCBCHST berkata pengajaran modul hadis terbabit mungkin tidak mengikut perlembagaan jika dilaksanakan di sekolah kebangsaan.

“MCCBCHST merayu kepada Kerajaan dan Menteri Pendidikan agar berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan agama Islam sebagai cara hidup diperkenalkan di sekolah kebangsaan,” kata MCCBCHST.

Ia turut menegaskan sekolah kebangsaan mesti menjadi tempat menggalakkan perpaduan dan bukan memperkenalkan dasar memecahbelahkan. 

Justeru itu, MCCBCHST berkata sebarang langkah susulan berhubung pelaksanaan modul itu perlu membabitkan perbincangan semua pemegang taruh, termasuk majlis perundingan agama itu. 

MCCBCHST turut memberi amaran kepada Kerajaan dan Kementerian Pendidikan bahawa sebarang penguatkuasaan modul itu secara unilateral di sekolah kebangsaan akan mengundang tindakan mahkamah. 

Advertisement
Fadhlina Sidek

Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika pelancaran modul “40 Hadis Imam Al-Nawawi”.

Media melaporkan MCCBCHST pada 2019 menentang langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan modul khat di semua sekolah di seluruh negara kerana ia memaksa orang ramai mengambil bahagian dalam ibadat agama selain daripada agamanya yang bercanggah dengan Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Penyakit usus merebak dalam kalangan tentera zionis Israel

Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
  • Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
  • Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
  • Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

GAZA – Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.

Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.

Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan yang mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Hospital Assuta di Ashdod, Dr Tal Brosh menjelaskan situasi luar jangka dihadapi tentera-tentera rejim zionis itu.

“Cirit-birit merebak di kawasan-kawasan perkumpulan tentera di selatan dan kemudiannya (merebak) sesama tentera yang berperang di Gaza.

“Jangkitan dengan bakteria Shigella yang menyebabkan disenteri telah didiagnos dan ia merupakan penyakit yang sangat serius. 

Advertisement

“Penyakit itu juga merebak dalam kalangan tentera di Gaza, dan jangkitan bakteria Shigella  boleh terjadi melalui hubungan langsung sesama individu (direct contact) atau melalui makanan,” katanya dipetik Jordan News.

Sumber: Jordan News

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending