Connect with us

Terkini

Hubungan homoseksual, biseksual faktor penyumbang kes HIV baharu di Johor

Sebanyak 124 kes HIV baharu direkodkan pada minggu Epid 32/2023 di Johor.

Wartawan TMT

Published

on

Hubungan homoseksual, biseksual faktor penyumbang kes HIV baharu di Johor
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebanyak 124 kes HIV baharu direkodkan pada minggu Epid 32/2023 di Johor.
  • Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon berkata, jumlah itu menjadikan sebanyak 313 kes HIV dilaporkan di negeri ini sejak Januari hingga semalam.
  • “Daripada jumlah kes HIV baharu ini, 117 kes atau 94.3 peratus melibatkan lelaki dan tujuh kes atau 5.7 peratus pula wanita. Terdapat enam kes melibatkan individu berumur antara 13 hingga 19 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
  • Menurutnya, faktor penyumbang kes HIV baharu itu adalah disebabkan hubungan homoseksual atau biseksual dan juga melalui hubungan heteroseksual.

JOHOR BAHRU – Sebanyak 124 kes HIV baharu direkodkan pada minggu Epid 32/2023 di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon berkata, jumlah itu menjadikan sebanyak 313 kes HIV dilaporkan di negeri ini sejak Januari hingga semalam.

Jelasnya, daerah Johor Bahru mencatatkan kes tertinggi sebanyak 68 kes diikuti Kluang (13) dan Batu Pahat (11).

“Daerah Segamat pula lapan kes, Kota Tinggi (tujuh), Muar dan Kulai masing-masing enam, Tangkak dan Pontian masing-masing dua, manakala Mersing hanya satu kes.

“Daripada jumlah kes HIV baharu ini, 117 kes atau 94.3 peratus melibatkan lelaki dan tujuh kes atau 5.7 peratus pula wanita. Terdapat enam kes melibatkan individu berumur antara 13 hingga 19 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, faktor penyumbang kes HIV baharu itu adalah disebabkan hubungan homoseksual atau biseksual dan juga melalui hubungan heteroseksual.

Bagi kes AIDS pula, Tian Soon berkata, sebanyak 164 kes dilaporkan di Johor sejak Januari hingga hari ini berbanding 147 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Advertisement

Katanya, dalam tempoh itu, kematian akibat HIV dan AIDS masing-masing adalah sebanyak 10 kes dan 31 kes.

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending