Connect with us

Antarabangsa

Gabenor berkempen guna teknologi AI dari penjara

Meskipun berada di sebalik tirai besi, itu tidak menghalang gabenor Santa Cruz, Luis Fernando Camacho untuk terus berkempen pilihan raya menggunakan pendekatan teknologi AI.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gabenor berkempen guna teknologi AI dari penjara-01.jpg
Foto: Gabenor Santa Cruz, Luis Fernando Camacho yang menggunakan teknologi AI semasa berkempen di se balik tirai besi.
  • Meskipun berada di sebalik tirai besi, itu tidak menghalang gabenor Santa Cruz, Luis Fernando Camacho berkempen pilihan raya menggunakan pendekatan teknologi AI.
  • Camacho, gabenor dari pihak pembangkang menyampaikan mesejnya kepada pengundi mengenai kepentingan melindungi alam sekitar tatkala projek pembinaan lebuh raya giat berjalan.
  • Imej AI itu seolah-seolah kelihatan nyata memperlihatkan Camacho berkemeja putih memandang tepat ke arah kamera sambil menyampaikan mesej dalam nada tegas.
  • Selepas terpalit pelbagai kontroversi dan kelantangan suaranya, Camacho ditahan polis pada Disember tahun lalu, atas dakwaan keganasan.

BOLIVIA: Meskipun berada di sebalik tirai besi, itu tidak menghalang gabenor Santa Cruz, Luis Fernando Camacho untuk terus berkempen pilihan raya menggunakan pendekatan teknologi AI.

Camacho, gabenor dari pihak pembangkang menyampaikan mesejnya kepada pengundi mengenai kepentingan melindungi alam sekitar tatkala projek pembinaan lebuh raya sedang giat berjalan.

Imej AI itu yang seolah-seolah kelihatan nyata memperlihatkan Camacho berkemeja putih memandang tepat ke arah kamera sambil menyampaikan mesej dalam nada tegas.

Selepas terpalit pelbagai kontroversi dan kelantangan suaranya, Camacho ditahan polis pada Disember tahun lalu, atas dakwaan keganasan.

Kes berkenaan terkait cubaan rampasan kuasa pada 2019 melibatkan pemimpin berhaluan kiri ketika itu, Evo Morales.

Ekoran penahanannya, Camacho kemudian bertindak melancarkan bahan kempen berbaur kritikan terhadap kerajaan persekutuan Bolivia, menerusi teknologi AI setelah dia dipenjarakan.

Sumber: Buletin Tv3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *