Antarabangsa
Denmark gubal undang-undang larang bakar al-Quran, penjara dua tahun menanti pelaku
Kerajaan Denmark sedang menggubal undang-undang yang bakal melarang penghinaan atau pemusnahan item-item penting dan utama dalam sesuatu agama secara terbuka, termasuk al-Quran.

- Kerajaan Denmark sedang menggubal undang-undang yang bakal melarang penghinaan atau pemusnahan item-item penting dan utama dalam sesuatu agama secara terbuka, termasuk al-Quran.
- Perkara itu diumumkan Menteri Kehakiman Denmark, Peter Hummelgaard pada Jumaat lalu yang menyatakan Kerajaan Denmark akan segera mengemukakan rang undang-undang berkenaan.
- Rang undang-undang itu akan membolehkan mereka yang membakar kitab suci agama seperti al-Quran, Injil dan Taurat di khalayak ramai, dihukum.
- Hummelgaard mengakui insiden pembakaran al-Quran di Denmark menyebabkan negara Skandinavia itu dilihat sebagai sebuah negara yang memudahkan penghinaan terhadap negara dan agama lain.
- Menteri Kehakiman Denmark itu turut menyebut bahawa jika ia diluluskan, perbuatan membakar teks suci atau objek ibadat agama lain boleh dikenakan denda atau penjara sehingga dua tahun.
Kerajaan Denmark sedang menggubal undang-undang yang bakal melarang penghinaan atau pemusnahan item-item penting dan utama dalam sesuatu agama secara terbuka, termasuk al-Quran.
Perkara itu diumumkan Menteri Kehakiman Denmark, Peter Hummelgaard pada Jumaat lalu yang menyatakan Kerajaan Denmark akan segera mengemukakan rang undang-undang berkenaan.
Rang undang-undang itu akan membolehkan mereka yang membakar kitab suci agama seperti al-Quran, Injil dan Taurat di khalayak ramai, dihukum.
Hummelgaard mengakui insiden pembakaran al-Quran di Denmark menyebabkan negara Skandinavia itu dilihat sebagai sebuah negara yang memudahkan penghinaan terhadap negara dan agama lain.
Tindakan pembakaran al-Quran itu juga diakuinya sebagai sesuatu yang boleh membahayakan keselamatan warga Denmark, baik di dalam atau di luar negara, katanya dipetik RT.
Menteri Kehakiman Denmark itu turut menyebut bahawa jika ia diluluskan, perbuatan membakar teks suci atau objek ibadat agama lain boleh dikenakan denda atau penjara sehingga dua tahun.
Beliau bagaimanapun tidak memberitahu bila Parlimen Denmark dijangka membuat undian rang undang-undang itu.
Cadangan pengenalan rang undang-undang itu menerima penolakan parti pembangkang Denmark yang berhujah bahawa larangan pembakaran al-Quran akan melanggar hak kebebasan bersuara.
Kritikan itu bagaimanapun dijawab Hummelgaard dengan berkata bahawa dia percaya ada cara yang lebih bertamadun dalam menyatakan pandangan berbanding dengan membakar sesuatu.
Beberapa siri pembakaran al-Quran di Denmark kebelakangan ini meregangkan hubungan antara Copenhagen dengan beberapa negara Islam.
Sumber: RT
