Connect with us

Ekonomi

Dasar Gaji Progresif bantu pulih pasaran pekerja

Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah mengadakan perbincangan mengenai cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai satu anjakan ke arah memulihkan pasaran pekerja supaya gaji golongan itu dapat ditingkatkan dengan lebih konsisten serta pengagihan seimbang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dasar Gaji Progresif bantu pulih pasaran pekerja
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah mengadakan perbincangan mengenai cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai satu anjakan ke arah memulihkan pasaran pekerja supaya gaji golongan itu dapat ditingkatkan dengan lebih konsisten serta pengagihan seimbang.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Dasar Gaji Progresif itu bersifat sukarela selain berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti.
  • Katanya, model dasar itu telah diusulkan selepas MTEN mengambil kira pandangan dan kepentingan pihak majikan dan pekerja.
  • “Sesi libat urus dan tinjauan awal telah menunjukkan sebanyak 62 peratus pekerja dan 80 peratus syarikat menyambut baik cadangan Dasar Gaji Progresif dengan ciri-ciri dinyatakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

PUTRAJAYA – Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah mengadakan perbincangan mengenai cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai satu anjakan ke arah memulihkan pasaran pekerja supaya gaji golongan itu dapat ditingkatkan dengan lebih konsisten serta pengagihan seimbang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Dasar Gaji Progresif itu bersifat sukarela selain berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti.

Katanya, model dasar itu telah diusulkan selepas MTEN mengambil kira pandangan dan kepentingan pihak majikan dan pekerja.

“Dasar itu merupakan pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum dan ia akan disusuli dengan garis panduan gaji progresif tahunan bagi setiap sektor, pekerjaan, dan peringkat.

“Sesi libat urus dan tinjauan awal telah menunjukkan sebanyak 62 peratus pekerja dan 80 peratus syarikat menyambut baik cadangan Dasar Gaji Progresif dengan ciri-ciri dinyatakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Perdana Menteri berkata, pihaknya akan meneruskan langkah selanjutnya dengan mengadakan sesi perbincangan dan libat urus dengan pihak berkepentingan terutamanya pemain industri, perniagaan dan pekerja.

“Perkara itu akan dibawa kepada jemaah menteri untuk diperhalusi mekanisme pelaksanaan secara berperingkat serta meneroka keperluan memperuntukkan dana sebagai insentif dasar yang ditentukan berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan dan keperluan dasar.

“MTEN berpandangan bahawa Dasar Gaji Progresif merupakan salah satu reformasi pasaran pekerja untuk memastikan pekerja Malaysia tidak dibebankan dengan kos sara hidup dan dapat menikmati pekerjaan dengan gaji bermaruah demi kesejahteraan rakyat dan mencapai agenda mengangkat ekonomi negara,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *