Connect with us

Antarabangsa

Culik dan rogol berkumpulan mangsa wanita, Iran hukum gantung lima lelaki

Lima lelaki dihukum gantung, hari ini, selepas disabitkan kesalahan merogol seorang wanita secara berkumpulan di barat laut negara itu, tahun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Culik dan rogol berkumpulan mangsa wanita, Iran hukum gantung lima lelaki
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lima lelaki dihukum gantung, hari ini, selepas disabitkan kesalahan merogol seorang wanita secara berkumpulan di barat laut negara itu, tahun lalu.
  • Menerusi laman sesawang badan kehakiman, Mizan Online memaklumkan, kesemua lelaki itu sebelum ini didakwa menculik dan merogol seorang wanita di bandar Marand pada Mei tahun lalu dan didapati bersalah serta dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
  • Lelaki itu, yang ditahan empat hari selepas rogol berkumpulan di wilayah Azerbaijan Timur turut terbabit dalam jenayah lain, kata Mizan tanpa mengulas lanjut.
  • Kumpulan hak asasi manusia Amnesty International berkata Iran menghukum mati lebih ramai orang berbanding negara lain kecuali China dan menggantung sekurang-kurangnya 582 orang pada tahun lalu iaitu jumlah tertinggi sejak 2015.

TEHRAN: Lima lelaki dihukum gantung, hari ini, selepas disabitkan kesalahan merogol seorang wanita secara berkumpulan di barat laut negara itu, tahun lalu.

Menerusi laman sesawang badan kehakiman, Mizan Online memaklumkan, kesemua lelaki itu sebelum ini didakwa menculik dan merogol seorang wanita di bandar Marand pada Mei tahun lalu dan didapati bersalah serta dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Lelaki itu, yang ditahan empat hari selepas rogol berkumpulan di wilayah Azerbaijan Timur turut terbabit dalam jenayah lain, kata Mizan tanpa mengulas lanjut.

Bulan lalu, Iran turut menjatuhkan hukuman sama terhadap tiga lelaki kerana disabitkan bersalah merogol wanita yang telah dibius selepas membawa mangsa ke klinik pembedahan kosmetik palsu.

Mereka didapati bersalah bersubahat dalam pelbagai kes serangan seksual di wilayah selatan Hormozgan pada akhir 2021, lapor Mizan pada ketika itu.

Kumpulan hak asasi manusia Amnesty International berkata Iran menghukum mati lebih ramai orang berbanding negara lain kecuali China dan menggantung sekurang-kurangnya 582 orang pada tahun lalu iaitu jumlah tertinggi sejak 2015.

Amnesty berkata, pihak berkuasa di Iran telah ‘meningkatkan dengan ketara jumlah keseluruhan pelaksanaan bagi semua jenayah, dengan sekurang-kurangnya 282 orang dihukum mati setakat ini, pada 2023.”

Ia berkata angka itu hampir dua kali ganda bilangan hukuman mati yang direkodkan pada awal Jun tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel ancam balas dendam ke atas PA jika ICC keluarkan waran tangkap

Israel akan bertindak balas terhadap Pihak Berkuasa Palestin (PA) jika Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap untuk pegawai kanan Israel, menurut laporan diterbitkan pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel akan bertindak balas terhadap Pihak Berkuasa Palestin (PA) jika Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap untuk pegawai kanan Israel, menurut laporan diterbitkan pada Rabu.
  • Israel semakin gusar mengenai kemungkinan waran tangkap dikeluarkan ICC terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanan Yoav Gallant dan Angkatan Pertahanan Israel, lapor portal berita Axios memetik dua pegawai Israel dan AS yang tidak dikenali.
  • Israel memberitahu AS ia mendapat maklumat bahawa pegawai PA sedang menekan pendakwa raya ICC untuk menyerahkan waran tersebut.
  • Israel boleh memilih untuk menahan hasil cukai PA yang dikutip dan kemudian diagihkan kepada kerajaan. 
  • Tindak balas ekonomi boleh menyumbang kepada keruntuhan PA yang mentadbir beberapa kawasan Tebing Barat yang diduduki di bawah Perjanjian Oslo 1993.

Israel akan bertindak balas terhadap Pihak Berkuasa Palestin (PA) jika Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap untuk pegawai kanan Israel, menurut laporan diterbitkan pada Rabu.

Israel semakin gusar mengenai kemungkinan waran tangkap dikeluarkan ICC terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanan Yoav Gallant dan Angkatan Pertahanan Israel, lapor portal berita Axios memetik dua pegawai Israel dan AS yang tidak dikenali.

Israel memberitahu AS ia mendapat maklumat bahawa pegawai PA sedang menekan pendakwa raya ICC untuk menyerahkan waran tersebut.

Israel boleh memilih untuk menahan hasil cukai PA yang dikutip dan kemudian diagihkan kepada kerajaan. 

Tindak balas ekonomi boleh menyumbang kepada keruntuhan PA yang mentadbir beberapa kawasan Tebing Barat yang diduduki di bawah Perjanjian Oslo 1993.

ICC mengetuai penyiasatan sejak 2021 atas potensi jenayah perang dilakukan Israel dan kumpulan Palestin sejak 2014. Siasatan itu kini berkembang meliputi serangan berterusan dalam peperangan di Gaza.

Seorang pegawai AS memberitahu Axios bahawa Washington percaya waran tangkap untuk pegawai kanan Israel merupakan satu kesilapan.

“Kami secara senyap menggalakkan ICC untuk tidak melakukannya. Ia akan meletupkan segala-galanya. Israel akan balas dendam terhadap Pihak Berkuasa Palestin,” katanya.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby pada Selasa mengulangi pendirian AS yang tidak menyokong siasatan berterusan ICC, tetapi berkata pentadbiran Biden “sudah tentu tidak akan menyokong hakim di ICC atau di mana-mana sahaja supaya perkara tersebut digeruni atau diancam”. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending