Connect with us

Antarabangsa

China dituduh ‘asimilasi secara paksa’ pada kanak-kanak Tibet

Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan pelaksanaan sekatan visa ke atas pegawai China yang didakwa terus melakukan ‘asimilasi secara paksa’ terhadap kanak-kanak di Tibet.

Wartawan TMT

Published

on

China dituduh 'asimilasi secara paksa' pada kanak-kanak Tibet
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan pelaksanaan sekatan visa ke atas pegawai China yang didakwa terus melakukan ‘asimilasi secara paksa’ terhadap kanak-kanak di Tibet.
  • Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, berkata sekatan visa akan dikenakan ke atas pegawai China yang terbabit dalam dasar sekolah berasrama penuh (SBP) di negara itu.
  • “Dasar paksaan ini bertujuan menghapuskan tradisi linguistik, agama dan budaya Tibet dalam kalangan generasi mudanya,” katanya. 
  • Pada Disember lalu, AS secara berasingan mengenakan sekatan terhadap dua pegawai tertinggi China, Wu Yingjie dan Zhang Hongbo, atas apa yang didakwa Washington sebagai pencabulan hak asasi manusia yang meluas di Tibet.
  • Sebelum ini, pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kira-kira sejuta kanak-kanak telah dipisahkan daripada keluarga mereka di Tibet.

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan pelaksanaan sekatan visa ke atas pegawai China yang didakwa terus melakukan ‘asimilasi secara paksa’ terhadap kanak-kanak di Tibet.

Sebelum ini, pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kira-kira sejuta kanak-kanak telah dipisahkan daripada keluarga mereka di Tibet.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, berkata sekatan visa akan dikenakan ke atas pegawai China yang terbabit dalam dasar sekolah berasrama penuh (SBP) di negara itu.

“Dasar paksaan ini bertujuan menghapuskan tradisi linguistik, agama dan budaya Tibet dalam kalangan generasi mudanya.

“Kami menggesa pihak berkuasa Republik Rakyat China (PRC) menamatkan paksaan ke atas kanak-kanak Tibet untuk memasuki SBP yang dikendalikan kerajaan, dan menghentikan dasar asimilasi yang menindas, baik di Tibet mahupun seluruh bahagian lain di PRC,” dakwanya.

Sejak 2021, Washington menuduh China melakukan genosid atau pembunuhan beramai-ramai di sebuah lagi wilayah, Xinjiang yang mana pihak berkuasa AS, kumpulan hak asasi manusia serta saksi mendakwa ia adalah rangkaian luas kem buruh paksa. China bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Menurut jurucakap Jabatan Negara, sekatan baharu itu akan dikenakan terhadap pegawai semasa dan bekas pegawai yang terbabit dalam dasar pendidikan di Tibet, namun tidak memberi butiran lanjut atas alasan undang-undang kerahsiaan AS berhubung rekod visa.

Pada Disember lalu, AS secara berasingan mengenakan sekatan terhadap dua pegawai tertinggi China, Wu Yingjie dan Zhang Hongbo, atas apa yang didakwa Washington sebagai kerana pencabulan hak asasi manusia yang meluas di Tibet.

China membidas dakwaan disokong Washington itu sebagai ‘tuduhan untuk memburuk-burukkan yang menjejaskan hubungan China-AS secara serius.’

“Sebagaimana amalan antarabangsa yang biasa, SBP di China ditubuhkan mengikut keperluan pelajar tempatan.

“SBP telah beransur-ansur berkembang menjadi salah satu mod sekolah yang penting di kawasan etnik minoriti China.

“Kaedah pengendalian sekolah secara berpusat itu berkesan menyelesaikan masalah kesukaran pelajar etnik minoriti ke sekolah disebabkan jarak berikutan penduduk tempatannya tinggal berselerak,” kata jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu.

Namun, Blinken dalam kenyataannya memetik hasil dapatan tiga pakar PBB pada Februari lalu yang melaporkan kira-kira sejuta kanak-kanak Tibet telah dihantar ke SBP, lazimnya secara paksa. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending