Connect with us

Terkini

Bantah pengajian hadis di sekolah, Firdaus Wong selar ‘NGO Kuffar’ MCCBCHST campuri urusan Islam

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) kerana mencampuri urusan agama Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Bantah pengajian hadis di sekolah, Firdaus Wong selar ‘NGO Kuffar’ MCCBCHST campuri urusan Islam
Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) kerana mencampuri urusan agama Islam.
  • Mencadangkan perkara itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung turut mempersoalkan sama ada campur tangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu merupakan tindakan yang menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum).
  • “Saya berharap pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadap NGO Kuffar ini kerana bukan sekali dua dah mereka masuk campur urusan agama Islam. Bukankah ini juga isu 3R?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Terbaharu, MCCBCHST dilaporkan membantah rancangan pelaksanaan modul penghayatan 40 Hadis Imam Al-Nawawi di sekolah di seluruh Malaysia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), baru-baru ini.
  • As expected, The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism, and Taoism (MCCBCHST) atau singkatan NGO Kuffar membantah pelaksanaan modul ini.”
  • “Setakat yang saya baca, KPM jelas mengatakan modul hadis 40 ini adalah untuk pelajar Muslim, malahan yang memberikan kenyataan adalah Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam KPM,” kata Firdaus Wong.
  • Ini bukan pertama kali MCCBCHST membuat bantahan sedemikian kerana mereka turut mendesak Muslim agar tidak melakukan ibadah korban menyembelih lembu di sekolah atau tempat awam pada 2011.

KUALA LUMPUR — Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) kerana mencampuri urusan agama Islam.

Mencadangkan perkara itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung turut mempersoalkan sama ada campur tangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu merupakan tindakan yang menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum).

Dek tindakannya sering mencampuri urusan Islam, Firdaus Wong turut menggelarkan majlis perundingan agama itu sebagai NGO Kuffar.

“Saya berharap pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadap NGO Kuffar ini kerana bukan sekali dua dah mereka masuk campur urusan agama Islam. Bukankah ini juga isu 3R?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Terbaharu, MCCBCHST dilaporkan membantah rancangan pelaksanaan modul penghayatan 40 Hadis Imam Al-Nawawi di sekolah di seluruh Malaysia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), baru-baru ini.

As expected, The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism, and Taoism (MCCBCHST) atau singkatan NGO Kuffar membantah pelaksanaan modul ini.

“Setakat yang saya baca, KPM jelas mengatakan modul hadis 40 ini adalah untuk pelajar Muslim, malahan yang memberikan kenyataan adalah Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam KPM. 

“Tidak disebut langsung di situ untuk semua pelajar baik Muslim atau bukan Muslim. Saya salah baca atau NGO Kuffar ini tak pandai baca atau sengaja protes apa sahaja yang berkaitan dengan Islam?,” katanya.

Firdaus Wong berkata ini bukan pertama kali MCCBCHST membuat bantahan sedemikian kerana mereka turut mendesak Muslim agar tidak melakukan ibadah korban menyembelih lembu di sekolah atau tempat awam pada 2011.

Ini kerana menurut pihak terbabit, lembu merupakan binatang suci untuk penganut Hindu dan kita perlu menjaga sensitiviti masyarakat majmuk.

MCCBCHST juga turut membantah program dakwah dikendalikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang dijalankan di sekolah pada 2019.

Hak mereka sebagai rakyat Malaysia untuk bersuara dan mempertahankan hak mereka tetapi berpada-padalah. Apakah mereka fikir hanya mereka sahaja yang ada hak dan sensitiviti tetapi kami sebagai Muslim tiada hak dan tiada sensitiviti?.

Bila Muslim protes, kami pula dituduh esktrem, mudah keliru dan sensitif tetapi bila mereka protes itu untuk melindungi hak mereka. Apa punya double standard?,” kata pendakwah bebas itu.

Firdaus Wong berkata kelompok itu juga terlalu ‘sibuk’ untuk menentukan apa perkara yang boleh dan perlu dilakukan Muslim sedangkan apa dilakukan penganut agama Islam itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan mahupun undang-undang.

“Kalau Muslim buat benda yang sama pada mereka dengan masuk campur dalam urusan agama mereka, kecoh satu dunia. Ratusan atau ribuan laporan polis akan dibuat. 

“Kami Muslim tak pernah masuk campur dalam urusan agama kamu kerana menghormati hak kamu tetapi please la, hormati juga hak dan sensitiviti kami!,” katanya yang turut memuat naik beberapa laporan berita mengenai bantahan MCCBCHST melibatkan urusan agama Islam. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Isu penukaran agama sepihak: Apakah kesan kemenangan kes Dahlia Dhaima?

Kekusutan dan kerisauan rentetan kes Indira Gandhi sedikit sebanyak ‘diperbaiki’ kes Dahlia Dhaima di mana pada 3 Mei lalu menyaksikan Mahkamah Persekutuan menolak usahanya yang mahu membatalkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak selepas dilakukan ibunya, seorang mualaf.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Haniff Khatri Abdulla.
  • Kekusutan dan kerisauan rentetan kes Indira Gandhi sedikit sebanyak ‘diperbaiki’ kes Dahlia Dhaima di mana pada 3 Mei lalu menyaksikan Mahkamah Persekutuan menolak usahanya yang mahu membatalkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak selepas dilakukan ibunya, seorang mualaf.
  • Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata susulan keputusan itu semua pihak tidak lagi tertekan atau terikat dengan kesahihan sijil pengislaman atau mualaf semata-mata, sebaliknya wajib melihat cara hidup individu tersebut selepas seseorang individu itu diislamkan untuk menentukan sama ada dia Muslim atau tidak.
  • Haniff menjelaskan kes Dahlia Dhaima bukan mematahkan terus kes Indira Gandhi kerana ia masih wujud, sebaliknya Dahlia Dhaima merupakan ‘fine tuning’ iaitu melonggarkan dengan cara paling halus apa diputuskan dalam Indira Gandhi yang mengatakan perlu mengambil kira sijil mualaf sahaja sama ada sah atau tidak dalam isu pertikaian pemelukan agama, khususnya anak-anak bawah umur.
  • Haniff menegaskan sekiranya selepas ini pihak berkuasa ditampilkan dengan mana-mana kes baru di mana seseorang itu mengatakan kononnya ibu atau bapa mengislamkan dia ketika di bawah umur.
  • Kemudiannya, bertahun selepas itu individu terbabit ke Mahkamah Sivil mengatakan dia bukan Islam, ataupun dia membuat permohonan di Mahkamah Syariah mengatakan hendak keluar Islam, maka pihak berkuasa wajib menyiasat latar belakang individu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kekusutan dan kerisauan rentetan kes Indira Gandhi sedikit sebanyak ‘diperbaiki’ kes Dahlia Dhaima di mana pada 3 Mei lalu menyaksikan Mahkamah Persekutuan menolak usahanya yang mahu membatalkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak selepas dilakukan ibunya, seorang mualaf.

Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata susulan keputusan itu semua pihak tidak lagi tertekan atau terikat dengan kesahihan sijil pengislaman atau mualaf semata-mata, sebaliknya wajib melihat cara hidup individu tersebut selepas seseorang individu itu diislamkan untuk menentukan sama ada dia Muslim atau tidak.

Haniff menjelaskan kes Dahlia Dhaima bukan mematahkan terus kes Indira Gandhi kerana ia masih wujud, sebaliknya Dahlia Dhaima merupakan ‘fine tuning’ iaitu melonggarkan dengan cara paling halus apa diputuskan dalam Indira Gandhi yang mengatakan perlu mengambil kira sijil mualaf sahaja sama ada sah atau tidak dalam isu pertikaian pemelukan agama, khususnya anak-anak bawah umur.

“Kesan kes Dahlia Dhaima kepada rentetan undang-undang diumumkan mahkamah tertinggi Malaysia (Mahkamah Persekutuan) berhubung pengislaman anak-anak bawah umur adalah seperti berikut;  pertama (kes) Dahlia Dhaima ada mengatakan sama ada sijil (mualaf) itu sah atau tidak sah tidak menjadi isu pokok, ingat tadi kita dah sentuh mengikut undang-undang 1952 sijil itu memang tak sah sebab mana-mana ibu atau bapa pun tidak boleh mengislamkan (anak) bawah umur so sijil itu tak sah.

“Tapi (kes) Dahlia Dhaima yang pertama mengatakan kita tak boleh tengok sijil sahaja, kita kena tengok apa diumumkan dalam kes Rosliza (kes terdahulu) kita tak boleh berhenti dekat (kes) Indira Gandhi.

“(kes) Rosliza kata kita kena tengok keseluruhan fakta kehidupan anak tersebut sehingga dia datang mahkamah sama ada indentiti dia itu adalah Muslim ab initio Muslim daripada awal atau tidak kalau kita yakin daripada fakta bukan sahaja sijil tak sah tapi pengislaman atau kehidupan dia pun bukan Islam daripada awal barulah Mahkamah Sivil boleh dengar (kes) ini barulah dia bukan Islam ab initio dari awal.

“Tapi kalau sijil tak sah pun tapi cara kehidupan dia menunjukkan, menampilkan sama ada melalui perwatakan melalui kenyataan perbuatan dia kepada orang ramai bahawa dia Muslim, maka Mahkamah Sivil tidak boleh dengar (kes itu) sebab itu bidang kuasa Mahkamah Syariah pula, ini kesan penting (Dahlia Dhamia),” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Pejabat Haniff Khatri, Petaling Jaya pada Jumaat.

Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi pada 2018 memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan sebelum anak dilahirkan dalam perkahwinan sivil boleh memeluk agama Islam dan sekiranya sijil pengislaman tidak sah maka dia bukan Muslim.

Ia bermula apabila guru tadika M Indira Ghandi mencabar pengeluaran sijil penukaran agama susulan bekas suaminya seorang mualaf membuat penukaran agama Islam secara unilateral terhadap ketiga-tiga anak mereka.

Kes itu juga menyaksikan sejak 2018 isu tentang pertikaian pemelukan agama, khususnya anak-anak bawah umur, merujuk kes Indira Gandhi yang memutuskan sekiranya sijil-sijil mualaf ataupun proses mahupun prosedur pengislaman anak-anak itu tidak dituruti mengikut seksyen-seksyen enakmen tertentu, maka sijil itu boleh atau diisytiharkan sebagai tidak sah.

Manakala kes Rosliza pula adalah membabitkan dia yang dilahirkan di luar nikah, berbapakan seorang Muslim dan ibu penganut agama Buddha serta berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 2021 untuk diisytiharkan sebagai bukan Muslim selepas mengakui sejak dari asal bukan Islam.

Dalam kes Rosliza, Mahkamah Persekutuan membuat satu pengumuman kedudukan undang-undang di mana kita kena melihat identiti seseorang individu itu sama ada sejak awal dia Islam atau tidak (ab initio), sekiranya ada individu terbabit datang ke mahkamah sivil dan mengatakan kononnya dia bukan Islam.

Mengulas lanjut kes Dahlia Dhaima, Haniff menegaskan sekiranya selepas ini pihak berkuasa ditampilkan dengan mana-mana kes baru di mana seseorang itu mengatakan kononnya ibu atau bapa mengislamkan dia ketika di bawah umur.

Kemudiannya, bertahun selepas itu individu terbabit ke Mahkamah Sivil mengatakan dia bukan Islam, ataupun dia membuat permohonan di Mahkamah Syariah mengatakan hendak keluar Islam, maka pihak berkuasa wajib menyiasat latar belakang individu terbabit.

“Saya syorkan kepada pihak berkuasa kalau ditampilkan mana-mana kes baru selepas ini tak semestinya di Selangor di mana-mana negeri di mana seseorang itu mengatakan ouhh kononnya, ‘Ibu atau bapa mengislamkan saya tapi saya tak ikut pun Islam maka kalau ikut Indira Gandhi sijil (pengislaman) saya tak sah sebab seorang sahaja pelukan (mengislamkan) saya’.

“Baik… tapi ikut (kes terdahulu) Rosliza ikut (kes terdahulu) Dahlia Dhaima sekarang ini kita kena tengok latar belakang awak so kami nak siasat kami nak tanya awak macam mana dari umur 7 tahun di sekolah sampai sekolah menengah pembawakan awak dengan kawan-kawan awak? Masa awak pergi kerja adakah awak balik awal juga untuk buka puasa? Atau ambil cuti lebih untuk tujuan cuti raya dan perkara-perkara ini tertakluk kepada fakta.

“Tapi apa saya nak sampaikan adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk menyelia dan mengambil peri penting perkara ini untuk disiasat jangan tolak tepi ja perkara ini tak buat kerja dan dengan cara itu barulah kita dapat menyelenggarakan urus tadbir konsep Islam dan pengislaman dengan cara lebih teratur.

“Itu adalah kesan bagi saya yang kita boleh ambil keuntungan daripada kes Dahlia Dhaima dan perbetulkan sistem tadbir urus di pihak berkuasa,” kata Haniff yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perundangan. 

Untuk rekod, Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi dalam hierarki badan kehakiman sivil negara, sekiranya satu kes itu telah sampai ke Mahkamah Persekutuan, tidak ada lagi rayuan boleh dibuat kepada mana-mana pihak lain. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending