Connect with us

Terkini

Aminuddin angkat sumpah MB Negeri Sembilan buat penggal kedua

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Aminuddin angkat sumpah MB Negeri Sembilan buat penggal kedua
Foto: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, hari ini.
  • Aminuddin yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir kira-kira pukul 4.15 petang dan seterusnya menandatangani akuan sumpah.
  • Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan buat penggal kedua selepas PH-BN memenangi 31 kerusi daripada keseluruhan 36 buah kerusi DUN sekaligus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.

KUALA LUMPUR — Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, hari ini.

Aminuddin yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir kira-kira pukul 4.15 petang dan seterusnya menandatangani akuan sumpah.

Tuanku Muhriz kemudian menyerahkan watikah pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Aminuddin, lapor Utusan Malaysia.

Aminuddin, 56, berjaya mempertahankan kerusi DUN Sikamat selepas menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu dengan majoriti 2,662 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Ahmad Raihan Muhamad Hilal dan dua calon Bebas iaitu Bujang Abu dan Mohammed Hafiz Baharudin.

Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan buat penggal kedua selepas PH-BN memenangi 31 kerusi daripada keseluruhan 36 buah kerusi DUN, sekaligus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *