Terkini
Altimet rampas semula kerusi ‘khianat’ Lembah Jaya
Penyanyi rap dan komposer terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet daripada Pakatan Harapan (PH) menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dengan majoriti 6,678 undi.
KUALA LUMPUR – Penyanyi rap dan komposer terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet daripada Pakatan Harapan (PH) menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dengan majoriti 6,678 undi.
Altimet, 45, merampas semula DUN itu yang dirujuk ‘kerusi pengkhianatan’ selepas penyandangnya, Haniza Talha yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan tiket PKR (PH) meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Altimet mendapat 26,298 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin dengan 19,620 undi. – The Merdeka Times