Terkini
Teknologi AI: Carian tematik ayat al-Quran banyak tersasar
“AI adalah tetap AI. Dia bukan syeikh, bukan tok guru, bukan ustaz. Hanya sekadar ‘rakan sembang yang tidak boleh dipercayai sangat’ dalam kajian berkaitan agama.”
- “AI adalah tetap AI. Dia bukan syeikh, bukan tok guru, bukan ustaz. Hanya sekadar ‘rakan sembang yang tidak boleh dipercayai sangat’ dalam kajian berkaitan agama.”
- Ini konklusi yang diperoleh Dr Ahmad Irfan Ikmal Hisham, Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Pahang selepas membuat carian tematik ayat al-Quran menggunakan BARD, sebuah produk kecerdasan buatan (AI) dari Google.
- Kata beliau dalam Facebooknya, “Saya bereksperimen dengan eksperimen baru google, iaitu BARD. Bard diminta mencadangkan lima ayat Quran mengenai semesta dan jasad samawi. Hasilnya, agak merisaukan.”
- Tambahnya, “Bard masih di peringkat eksperimen. Hasil prompting eksperimen saya untuk carian tematik ayat al-Quran, banyak juga tersasar.”
- Menurut Dr Ahmad Irfan, daripada kaca mata beliau sebagai seorang pengguna, dapatkanlah ilmu daripada sumber ilmu yang tabii, bukan buatan.
KUANTAN – “AI adalah tetap AI. Dia bukan syeikh, bukan tok guru, bukan ustaz. Hanya sekadar ‘rakan sembang yang tidak boleh dipercayai sangat’ dalam kajian berkaitan agama.”
Ini konklusi yang diperoleh Dr Ahmad Irfan Ikmal Hisham, Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Pahang selepas membuat carian tematik ayat al-Quran menggunakan BARD, sebuah produk kecerdasan buatan (AI) dari Google.
Jelasnya, fungsi ringkas BARD adalah lebih kurang sama dengan ChatGPT, Bing dan seumpamanya.
Kata beliau dalam Facebooknya, “Saya bereksperimen dengan eksperimen baru google, iaitu BARD. Bard diminta mencadangkan lima ayat Quran mengenai semesta dan jasad samawi. Hasilnya, agak merisaukan.”
Tambahnya, “Bard masih di peringkat eksperimen. Hasil prompting eksperimen saya untuk carian tematik ayat al-Quran, banyak juga tersasar.”
Kerana itu bagi Dr Ahmad Irfan, daripada kaca mata beliau sebagai seorang pengguna, dapatkanlah ilmu daripada sumber ilmu yang tabii, bukan buatan.
“Daripada kaca mata pembekal ilmu, sediakanlah data ilmu Islam dalam talian, dengan acuan yang terbaik, supaya kecerdasan buatan ini tidak tersasar.”
“AI adalah tetap AI. Dia bukan syeikh, bukan tok guru, bukan ustaz. Hanya sekadar ‘rakan sembang yang takleh dipercayai sangat’ dalam kajian berkaitan agama,” tegas beliau lagi.
Sumber: Samudera