Connect with us

Antarabangsa

Skandal penderaan seksual, Gereja Katolik Jerman hilang setengah juta ahli

Skandal penderaan seksual dipercayai menjadi punca terbesar mengapa semakin ramai penganut meninggalkan Gereja Katolik Jerman, demikian lapor DW.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Skandal penderaan seksual, Gereja Katolik Jerman hilang setengah juta ahli
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seramai 522,821 individu menamatkan hubungan rasmi mereka dengan gereja pada 2022 – Persidangan Uskup Jerman (DBK).
  • Skandal penderaan seksual dipercayai menjadi punca terbesar mengapa semakin ramai orang meninggalkan Gereja Katolik Jerman.
  • “Gereja telah mensia-siakan kepercayaan, terutamanya akibat skandal penderaan. Tetapi ia juga tidak menunjukkan keazaman yang mencukupi pada masa ini untuk melaksanakan visi untuk masa depan kehidupan Kristian dalam gereja” – Ketua Jawatankuasa Pusat Katolik Jerman, Irme Stetter-Karp.

Skandal penderaan seksual dipercayai menjadi punca terbesar mengapa semakin ramai penganut meninggalkan Gereja Katolik Jerman, demikian lapor DW.

Persidangan Uskup Jerman (DBK) bulan lalu mendedahkan rekod baharu seramai 522,821 individu menamatkan hubungan rasmi mereka dengan gereja pada 2022.

Jumlah itu sekaligus mengatasi rekod dipecahkan pada tahun sebelumnya iaitu 359,338 orang.

Ketua Jawatankuasa Pusat Katolik Jerman, Irme Stetter-Karp menganggap perkara itu bukanlah sesuatu mengejutkan walaupun ia kenyataan yang menyedihkan.

“Gereja telah mensia-siakan kepercayaan, terutamanya akibat skandal penderaan. Tetapi ia juga tidak menunjukkan keazaman yang mencukupi pada masa ini untuk melaksanakan visi untuk masa depan kehidupan Kristian dalam gereja,” katanya.

Laporan gereja itu sendiri pada 2018 mendedahkan sekurang-kurangnya 3,677 orang, kebanyakannya kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, didera paderi Katolik antara 1946 dan 2014.

Laporan diterbitkan pada Januari 2022 pula menyebut yang mendiang Pope Benedict XVI gagal mencegah penderaan kanak-kanak semasa beliau menjadi Ketua Biskop Munich dan Freising dari 1977 hingga 1982.

Dalam pada itu, kehilangan ahli gereja juga menjejaskan dana untuk gereja

Ahli gereja yang berdaftar di Jerman membayar “cukai gereja” antara lapan hingga sembilan peratus daripada cukai pendapatan tertunggak individu.

Bayaran itu menjadi dana langsung kepada gereja mereka sama ada Katolik atau Protestan, selain jutaan yang dibayar oleh negara melalui wang pembayar cukai am.

Selain Gereja Katolik, Gereja Protestan arus perdana juga telah menyaksikan penurunan bilangan pengikut berdaftar mereka. Pada 2022, kira-kira 380,000 individu meninggalkan Gereja Evangelical Jerman.

Sumber: DW

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *