Terkini
PRN: Rangka pelan mudahkan Orang Asli keluar mengundi
Semua agensi diminta merangka perancangan teliti bagi memastikan Orang Asli di tiga kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) daerah ini, keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, berikutan kedudukannya yang jauh di pedalaman.
- Semua agensi diminta merangka perancangan teliti bagi memastikan Orang Asli di tiga kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) daerah ini, keluar mengundi pada PRN 12 Ogos ini, berikutan kedudukannya jauh di pedalaman.
- Ini berikutan pada PRU15 lalu, kira-kira 30 peratus Orang Asli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Nenggiri dan Paloh tidak keluar mengundi dan faktor jarak yang jauh dari tempat mengundi dikenal pasti antara punca.
- Timbalan Ketua UMNO Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata kawasan itu mempunyai lebih 10,000 pengundi Orang Asli.
- Katanya, daripada jumlah itu, 8,000 pengundi adalah dari DUN Galas, manakala bagi DUN Nenggiri dan Paloh masing-masing membabitkan 2,000 dan 200 pengundi.
- “Justeru, pada kali ini saya berharap semua masyarakat Orang Asli boleh keluar mengundi dengan dibantu oleh agensi yang terbabit untuk membawa keluar seramai mungkin pengundi dari kawasan pedalaman terutama kampung yang jauh,” katanya kepada pemberita, di Pos Blau, di sini, hari ini.
GUA MUSANG: Semua agensi diminta merangka perancangan teliti bagi memastikan Orang Asli di tiga kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) daerah ini, keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, berikutan kedudukannya yang jauh di pedalaman.
Ini berikutan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, kira-kira 30 peratus Orang Asli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Nenggiri dan Paloh tidak keluar mengundi dan faktor jarak yang jauh dari tempat mengundi dikenal pasti antara punca.
Timbalan Ketua UMNO Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim, kawasan itu mempunyai lebih 10,000 pengundi Orang Asli.
Katanya, daripada jumlah itu, 8,000 pengundi adalah dari DUN Galas, manakala bagi DUN Nenggiri dan Paloh masing-masing membabitkan 2,000 dan 200 pengundi.
“Kalau kita lihat kepada statistik keluar mengundi waktu PRU15 baru-baru ini menunjukkan hanya sekitar 70 peratus sahaja Orang Asli keluar mengundi.
“Justeru, pada kali ini saya berharap semua masyarakat Orang Asli boleh keluar mengundi dengan dibantu oleh agensi yang terbabit untuk membawa keluar seramai mungkin pengundi dari kawasan pedalaman terutama kampung yang jauh,” katanya kepada pemberita, di Pos Blau, di sini, hari ini.
Mohd Syahbuddin berkata, agensi kerajaan perlu mengenal pasti keperluan logistik bagi membawa keluar Orang Asli ke pusat mengundi, selain membuat perancangan kemungkinan membawa pengundi keluar lebih awal bagi memudahkan urusan pengundian.
“Selain itu, kebetulan hari mengundi (PRU15) adalah hujan menyebabkan akses atau jalan terutamanya di kawasan pedalaman tidak dapat dilalui dan ada juga berlaku jambatan runtuh yang menyebabkan mereka terputus perhubungan dengan tempat atau pusat mengundi,” katanya.
Beliau berkata, pada peringkat Parlimen Gua Musang, persiapan menghadapi PRN ini sudah bermula sejak sebulan lalu.
“Ketua UMNO Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sudah mengarahkan supaya menggunakan jentera yang betul-betul berada di akar umbi iaitu jentera cawangan.
“Jadi semua cawangan sudah bersedia. PRN seolah-olah misi menebus maruah kekalahan BN pada PRU lalu dan ia perlu ditebus dengan kemenangan yang besar bagi tiga DUN dalam Parlimen Gua Musang ini,” katanya.
Sumber: Berita Harian