Connect with us

Terkini

Perlembagaan jamin hak Melayu tanpa jejaskan kaum lain – Pakar

Dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya usaha promosi ‘Malaysian Malaysia’ akan menghapuskan Tanah Melayu dan diganti dengan negara berbilang kaum tidak berasas dari sudut Perlembagaan Persekutuan.

Wartawan TMT

Published

on

Perlembagaan jamin hak Melayu tanpa jejaskan kaum lain – Pakar
Foto: Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.
  • Dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya usaha promosi ‘Malaysian Malaysia’ akan menghapuskan Tanah Melayu dan diganti dengan negara berbilang kaum tidak berasas dari sudut Perlembagaan Persekutuan.
  • Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan telah mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta tidak menafikan hak-hak kaum lain, justeru tiada penindasan akan berlaku kepada mana-mana kaum di negara ini.
  • “Kita hidup berteraskan Perlembagaan, semua kaum ada hak sama rata cuma orang Melayu ada keistimewaan. Kita tidak anggap negara ini negara Melayu, ini negara berbilang kaum dalam konteks di mana majoritinya Melayu,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
  • Beliau yang juga Pensyarah Undang-Undang di Universiti Taylors berkata Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya usaha promosi ‘Malaysian Malaysia’ akan menghapuskan Tanah Melayu dan diganti dengan negara berbilang kaum tidak berasas dari sudut Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan telah mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta tidak menafikan hak-hak kaum lain, justeru tiada penindasan akan berlaku kepada mana-mana kaum di negara ini.

“Kita hidup berteraskan Perlembagaan, semua kaum ada hak sama rata cuma orang Melayu ada keistimewaan. Kita tidak anggap negara ini negara Melayu, ini negara berbilang kaum dalam konteks di mana majoritinya Melayu,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau yang juga Pensyarah Undang-Undang di Universiti Taylors berkata Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

“Beliau (Dr Mahathir) bercakap dalam konteks politik bahawa cubaan jadikan negara pelbagai etnik dan mengetepikan kepentingan kaum Melayu (namun) ini sukar dilaksanakan kerana peruntukan Perlembagaan jelas yang menyatakan mengenai keistimewaan Melayu yang dijaga oleh Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang menyatakan usaha mempromosi negara berbilang bangsa sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menafikan kenyataan Dr Mahathir bahawa orang Melayu akan hilang kuasa politik kerana perpecahan antara mereka sehingga hilang penguasaan orang Melayu di negara ini, Nik Ahmad Kamal menjelaskan senario tersebut sukar berlaku kerana setiap kerajaan yang memerintah bertanggungjawab dan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam konteks Malaysia, majoriti penduduk adalah kaum Melayu, jadi tidak timbul isu bahawa orang Melayu dikuasai bangsa lain. Setiap kerajaan yang naik tidak kira berapa komponen parti Melayu, mereka masih tertakluk kepada Perlembagaan,” katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata penguasaan atau kuasa orang Melayu di negara ini tidak boleh dipersoalkan kerana majoriti Jemaah Menteri dan Perdana Menteri masih orang Melayu. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending