Antarabangsa
Pelajar perubatan cadang pakaian pembedahan khas sebagai alternatif hijab
Beberapa pelajar wanita di sebuah kolej perubatan kerajaan di Kerala, India meminta kebenaran daripada pengetua mereka untuk memakai jaket skrub lengan panjang dan tudung pembedahan di dalam dewan bedah (OT).
- Beberapa pelajar wanita di sebuah kolej perubatan kerajaan di Kerala, India meminta kebenaran daripada pengetua mereka untuk memakai jaket skrub lengan panjang dan tudung pembedahan di dalam dewan bedah (OT).
- Menurut laporan Hindustan Times, ia dalam usaha untuk mencapai keseimbangan antara kepercayaan agama mereka dan menjalankan tugas pembedahan.
- Menerusi surat kepada Pengetua Kolej Perubatan Kerajaan Thiruvananthapuram, pelajar terbabit berkata mereka perlu menutup kepala pada setiap masa sebagai sebahagian daripada kepercayaan agama mereka.
- Selain itu, mereka juga sedang mencari pilihan alternatif kerana ianya mustahil bagi mereka untuk memakai hijab di dalam OT.
Beberapa pelajar wanita di sebuah kolej perubatan kerajaan di Kerala, India meminta kebenaran daripada pengetua mereka untuk memakai jaket skrub lengan panjang dan tudung pembedahan di dalam dewan bedah (OT).
Menurut laporan Hindustan Times, ia dalam usaha untuk mencapai keseimbangan antara kepercayaan agama mereka dan menjalankan tugas pembedahan.
Menerusi surat kepada Pengetua Kolej Perubatan Kerajaan Thiruvananthapuram, pelajar terbabit berkata mereka perlu menutup kepala pada setiap masa sebagai sebahagian daripada kepercayaan agama mereka.
Selain itu, mereka juga sedang mencari pilihan alternatif kerana ianya mustahil bagi mereka untuk memakai hijab di dalam OT.
“Muslimah berhijab menghadapi masa yang sukar, mencari keseimbangan antara memakai pakaian keagamaan dan mengekalkan kesopanan sambil mematuhi peraturan hospital dan bilik pembedahan (sic),” kata surat itu seperti dilaporkan NDTV.
Dalam pada itu, pelajar berkata jaket skrub lengan panjang dan tudung pembedahan akan membolehkan mereka mengekalkan langkah penjagaan steril.
Pengetua Kolej Perubatan, Lynette J. Morris berkata beliau akan membentuk jawatankuasa pakar bedah dan pasukan kawalan jangkitan untuk membincangkan isu itu.
Lynette memberitahu media bahawa permintaan pelajar tidak boleh diterima buat masa ini dengan memetik keselamatan pesakit dan piawaian antarabangsa yang dikekalkan di dewan bedah.
Beliau menjelaskan pelajar perlu menyental dan mensterilkan tangan sehingga siku kemudian memakai pakaian itu dan memakai lengan panjang, di mana ia boleh mendatangkan masalah.
Bagaimanapun, Lynette berkata beliau akan memanggil mesyuarat pakar bedah dan pasukan kawalan jangkitan untuk meneliti perkara itu.
Sumber: Hindustan Times