Connect with us

Terkini

NGO tidak senang hak asasi manusia di Malaysia ikut acuan tempatan, khuatir kelompok LGBTQ diketepikan

Pendirian Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad yang akan mengangkat hak asasi manusia mengikut  acuan tempatan dan bukan berpaksikan budaya Barat tidak disenangi sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

NGO tidak senang hak asasi manusia di Malaysia ikut acuan tempatan, khuatir kelompok LGBTQ diketepikan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pendirian Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad yang akan mengangkat hak asasi manusia mengikut  acuan tempatan dan bukan berpaksikan budaya Barat tidak disenangi sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.
  • Jawatankuasa Pemandu CSO Platform for Reform, dalam kenyataannya di Facebook (FB), berkata pendirian pengerusi SUHAKAM itu dilihat sebagai sesuatu yang merisaukan dan regresif.
  • Pendirian itu dilihat akan mengenepikan kumpulan berisiko khususnya komuniti LGBTQ.
  • CSO berkata cubaan untuk merangka semula hak asasi manusia mengikut acuan tempatan bukanlah tugas SUHAKAM kerana kebanyakan ahli politik suka dengan pandangan yang sempit dan berbahaya itu untuk hak rakyat di Malaysia.

KUALA LUMPUR — Pendirian Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad yang akan mengangkat hak asasi manusia mengikut  acuan tempatan dan bukan berpaksikan budaya Barat tidak disenangi sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.

Jawatankuasa Pemandu CSO Platform for Reform, dalam kenyataannya di Facebook (FB), berkata pendirian pengerusi SUHAKAM itu dilihat sebagai sesuatu yang merisaukan dan regresif.

Katanya, pendirian itu dilihat akan mengenepikan kumpulan berisiko khususnya komuniti LGBTQ.

“CSO Platform for Reform tidak bersetuju dengan pandangan Pengerusi SUHAKAM, Rahmat Mohamad yang menjelaskan ‘hak asasi manusia ialah hak asasi manusia’ apabila ditanya mengenai kebimbangan terhadap pengamalan  hak asasi manusia dalam konteks Malaysia yang akan mengenepikan  kumpulan berisiko, khususnya komuniti LGBTQ. 

“Disebabkan acuan tempatan inilah yang telah menyebabkan kita menderita dalam pelbagai perkara; dan tidaklah menghairankan jika SUHAKAM akan kehilangan status pematuhan Prinsip Paris Gred A, dan kehilangan kedudukan antarabangsanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Foto : Kenyataan Media dimuat naik CSO Platform for Reform di FB.

CSO berkata cubaan untuk merangka semula hak asasi manusia mengikut acuan tempatan bukanlah tugas SUHAKAM kerana kebanyakan ahli politik suka dengan pandangan yang sempit dan berbahaya itu untuk hak rakyat di Malaysia. 

Katanya, tugas utama SUHAKAM ialah menaik taraf perlindungan dan promosi hak asasi manusia di Malaysia sesuai dengan keterangan Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan asasi dan piawaian sejagat hak asasi manusia yang diterima di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, gabungan lebih 60 NGO itu mengulangi pendirian mereka untuk menggesa beberapa pembaharuan dilakukan.

Antaranya, NGO itu menggesa Kerajaan Madani untuk merangka proses pelantikan pesuruhjaya SUHAKAM yang lebih bebas di mana pelantikan ketika ini dilakukan melalui Jabatan Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri turut diminta melihat pembaharuan diusulkan dan meneliti permintaan staf SUHAKAM untuk menyiasat pengerusi mereka.

“Kami juga meminta Pesuruhjaya-pesuruhjaya yang lain untuk menyatakan pendirian mereka mengenai isu ini; adakah mereka mengangkat prinsip-prinsip hak asasi manusia seperti yang digariskan dalam UDHR;

“Kami menyeru agar kejujuran dan refleksi, jika Pesuruhjaya- semasa yang ada merasakan mereka tidak berupaya untuk mengangkat prinsip-prinsip hak asasi manusia seperti yang digariskan dalam UDHR dan dalam mandat SUHAKAM, serta menekankan pendekatan “acuan tempatan”, maka mereka perlu menimbangkan untuk meletakkan jawatan mereka; 

“Kami juga ingin meminta untuk lebih banyak sesi libat urus yang inklusif dan efektif dalam pembaharuan institusi dengan masyarakat awam,” katanya.

NGO itu turut mengingatkan Pesuruhanjaya SUHAKAM bahawa mereka mempunyai tugas untuk mengangkat hak asasi manusia sejajar dengan Deklarasi Sejagat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Asasi Manusia dan Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan mengenai asas kebebasan sebagai sebuah institusi negara yang diperkasakan di bawah pengawalan yang bebas.

Katanya, perkara itu amat penting jika kerajaan ingin diperiksa untuk memastikan ia terus memainkan tugas dan kewajiban utamanya dalam merealisasikan hak asasi manusia bagi semua.

Pengerusi SUHAKAM sebelum ini dilaporkan memberi jaminan hak asasi manusia di Malaysia akan dibuat mengikut acuan tempatan dan tidak lagi berpaksikan budaya Barat atau ‘western centric’.

Beliau berkata walaupun perlu mengekalkan tanggungjawab mempertahan hak asasi manusia di bawah Perlembagaan Persekutuan, namun ia akan lebih ke arah acuan sendiri.

“Walaupun hak asasi manusia hari ini perlu dilihat dalam perspektif yang lebih besar namun kita perlu mengikut adat resam dan budaya tempatan berlandaskan elemen tempatan.

“Apa-apa yang kita setuju atau hak asasi manusia itu mestilah mempunyai kepentingan dari segi ikatan agama, batas-batas agama, adat resam dan kepercayaan selain tidak terlalu eurosentrik, ” katanya 

Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sebelum ini dilaporkan berkata, Malaysia berpendirian Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR) yang diisytiharkan pada 1948 bukan satu-satunya sumber dan konsep hak asasi manusia untuk kerajaan.

Sebaliknya, beliau memaklumkan kerajaan turut mempertahankan prinsip hak asasi berdasarkan pendirian negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) melalui organisasi di bawahnya iaitu Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC). — The Merdeka Times

Sumber : Facebook CSO Platform for Reform, Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *