Antarabangsa
Modi ‘gagal’, tidak boleh jadi PM lagi – Pemimpin kanan BJP
Pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) dan bekas Ahli Parlimen India, Subramanian Swamy membidas Perdana Menteri India, Narendra Modi kerana “gagal” menguruskan ekonomi negara dan menyarankan agar Modi tidak bertanding pada pilihan raya umum 2024.
- Pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) dan bekas Ahli Parlimen India, Subramanian Swamy membidas Perdana Menteri India, Narendra Modi kerana “gagal” menguruskan ekonomi negara dan menyarankan agar Modi tidak bertanding pada pilihan raya umum 2024.
- Subramanian berkata, “saya percaya bahawa dia gagal dalam (menguruskan) ekonomi dan dengan itu dia tidak sepatutnya bertanding menduduki kerusi perdana menteri’.
- Dia turut mempersoalkan tindakan Modi “berdiam diri” dan tidak bersuara atas tindakan China yang didakwanya telah menduduki ribuan kilometer tanah India.
- Ahli Parlimen sebanyak enam kali itu juga turut mempersoalkan kegagalan kerajaan pusat mengisytiharkan Ram Setu sebagai monumen warisan negara.
- “Apakah masalah mereka mengisytiharkan Ram Setu sebagai monumen warisan negara? Tidak ada orang Islam atau orang Kristian (menghalang mereka) di sana. Saya selamatkan Ram Setu dari rancangan Atal Bihari Vajpayee yang merancang untuk membahagikannya,” katanya.
Pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) dan bekas Ahli Parlimen India, Subramanian Swamy membidas Perdana Menteri India, Narendra Modi kerana “gagal” menguruskan ekonomi negara dan menyarankan agar Modi tidak bertanding pada pilihan raya umum 2024.
Subramanian berkata, “saya percaya bahawa dia gagal dalam (menguruskan) ekonomi dan dengan itu dia tidak sepatutnya bertanding menduduki kerusi perdana menteri’.
Dia turut mempersoalkan tindakan Modi “berdiam diri” dan tidak bersuara atas tindakan China yang didakwanya telah menduduki ribuan kilometer tanah India.
“Sekitar 4024 km persegi tanah kita, diduduki China, (tetapi) Modi berdiam diri. Beritahu dia bahawa Subramanian Swamy kata ini, Modi tidak menyebut sepatah pun berkenaan China bila melawat Amerika Syarikat (AS) dan tidak berkata apa kepada Biden (Presiden AS, Joe BIden). Kenapa?.”
Ahli Parlimen sebanyak enam kali itu juga turut mempersoalkan kegagalan kerajaan pusat mengisytiharkan Ram Setu sebagai monumen warisan negara.
“Apakah masalah mereka mengisytiharkan Ram Setu sebagai monumen warisan negara? Tidak ada orang Islam atau orang Kristian (menghalang mereka) di sana. Saya selamatkan Ram Setu dari rancangan Atal Bihari Vajpayee yang merancang untuk membahagikannya,” katanya.
Bagi kes antara Modi dan Rahul Gandhi, Subramanian merasakan tindakan perdana menteri itu memenjarakan ketua kongres itu (Rahul) hanya disebabkan kenyataan fitnahnya adalah satu amalan lapuk.
Dia menjelaskan, undang-undang India asalnya dari United Kingdom (UK) dan tindakan memenjarakan orang atas sebab itu pun bukan sesuatu yang diamalkan lagi di UK pada hari ini.
Sumber: ETV Bharat