Connect with us

Terkini

MCA tetap pertahan kedudukan sekolah vernakular

MCA berpegang pada pendiriannya tidak akan berkompromi dan terus mempertahankan hak sekolah vernakular Cina dan Tamil di bawah Perlembagaan Persekutuan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

MCA tetap pertahan kedudukan sekolah vernakular
Foto: Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon.
  • MCA berpegang pada pendiriannya tidak akan berkompromi dan terus mempertahankan hak sekolah vernakular Cina dan Tamil di bawah Perlembagaan Persekutuan.
  • Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon menegaskan MCA sentiasa mengambil berat tentang perkembangan kes dakwaan sekolah vernakular tidak berperlembagaan.
  • Katanya, apabila sekolah vernakular itu menghadapi tindakan undang-undang, MCA adalah yang pertama menghantar pasukan peguam untuk campur tangan dalam kes itu dan mempertahankan sekolah vernakular di mahkamah.
  • Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu sebelum ini menolak saman dikemukakan Ikatan Guru-Guru Muslimin Malaysia (I-Guru) yang mahu mengisytiharkan sekolah Cina dan Tamil atau sekolah vernakular adalah tidak berperlembagaan di Malaysia pada 29 Mei 2022 lalu.

KUALA LUMPUR – MCA berpegang pada pendiriannya tidak akan berkompromi dan terus mempertahankan hak sekolah vernakular Cina dan Tamil di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon menegaskan MCA sentiasa mengambil berat tentang perkembangan kes dakwaan sekolah vernakular tidak berperlembagaan.

“Sepanjang saya menjadi Timbalan Menteri Pendidikan, saya secara peribadi menjemput wakil Jabatan Peguam Negara pada 11 Jun 2022 untuk bertemu dengan pemimpin dan pasukan peguam dari MCA, institusi pendidikan Cina serta institusi India, bertukar-tukar pandangan mengenai strategi dan hala tuju isu sekolah vernakular Cina dan Tamil.

“Dalam pertemuan itu, semua pihak tidak berani mengambil mudah cabaran yang bakal mereka hadapi di Mahkamah Rayuan,” kata Hang Soon dipetik Oriental Daily.

Beliau berkata pendirian MCA bersama sekolah vernakular Cina dan Tamil bukan sekadar slogan. 

Katanya, apabila sekolah vernakular itu menghadapi tindakan undang-undang, MCA adalah pihak pertama menghantar pasukan peguam untuk campur tangan dalam kes itu dan mempertahankan sekolah vernakular di mahkamah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini memutuskan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan Bahasa Cina dan Tamil di sekolah terbabit adalah berperlembagaan pada 29 Disember 2021 lalu.

Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak saman dikemukakan Ikatan Guru-Guru Muslimin Malaysia (I-Guru) yang mahu mengisytiharkan sekolah Cina dan Tamil yang disebut sebagai sekolah vernakular adalah tidak berperlembagaan di Malaysia pada 29 Mei 2022 lalu.

Sumber: Oriental Daily

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *