Connect with us

Antarabangsa

Masjid dirosakkan, bir ditumpahkan ke atas mushaf al-Quran

Sebuah masjid di New Mexico, Amerika Syarikat (AS) dirosakkan berkali-kali dan penganut Islam meminta pihak polis menyiasat insiden itu sebagai jenayah kebencian.

Wartawan TMT

Published

on

Masjid dirosakkan, bir ditumpahkan ke atas mushaf al-Quran
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah masjid di New Mexico, Amerika Syarikat (AS) dirosakkan berkali-kali dan penganut Islam meminta pihak polis menyiasat insiden itu sebagai jenayah kebencian.
  • Menurut laporan Middle East Eye, Pusat Islam Portales, New Mexico diceroboh minggu lalu dan penceroboh didakwa mengoyakkan beberapa mushaf al-Quran dan menuang bir di halamannya.
  • Mereka juga didakwa menikam lubang di dinding, memusnahkan perabot, meninggalkan sampah dan meletakkan lukisan berbingkai Jesus Christ di atas timbunan barangan di masjid itu.

Sebuah masjid di New Mexico, Amerika Syarikat (AS) dirosakkan berkali-kali dan penganut Islam meminta pihak polis menyiasat insiden itu sebagai jenayah kebencian.

Menurut laporan Middle East Eye, Pusat Islam Portales, New Mexico diceroboh minggu lalu dan penceroboh didakwa mengoyakkan beberapa mushaf al-Quran dan menuang bir di halamannya.

Mereka juga didakwa menikam lubang di dinding, memusnahkan perabot, meninggalkan sampah dan meletakkan lukisan berbingkai Jesus Christ di atas timbunan barangan di masjid itu.

Beberapa hari kemudian pada 23 Jun, penceroboh dikatakan memasuki masjid sekali lagi dan merosakkan unit penghawa dingin bangunan itu dengan nilai  kerosakan mencecah $40,000 (RM184,278), lapor KRQE News.

Dalam satu lagi insiden di masjid itu, perkataan ‘KKK’ diconteng di dinding, merujuk kepada kumpulan ketuanan kulit putih ‘Ku Klux Klan’.

Foto: Gambar perkataan ‘KKK’ diconteng di dinding, merujuk kepada kumpulan ketuanan kulit putih ‘Ku Klux Klan’, (kiri) dan perabot yang dimusnahkan (kanan).

Ketua Polis Portales dalam kenyataannya berkata insiden itu tidak mungkin dikategorikan sebagai jenayah kebencian.

“Penyiasat kami terus menyiasat insiden ini tanpa mengira sama ada ia jenayah kebencian atau bukan,” kata Christopher Williams kepada KRQE. 

Katanya, jika jenayah kebencian ditentukan dalam insiden itu, maka garis panduan New Mexico menetapkan akan ada peningkatan hukuman dan bukan pertuduhan jenayah yang berasingan.

Advertisement

“Pada masa ini kerosakan adalah sangat serupa dengan bangunan kosong lain di kawasan itu yang menyebabkan kami percaya ini lebih berkemungkinan bukan jenayah kebencian… sebarang kemungkinan petunjuk sedang disusuli dan kawasan itu juga dipantau,” katanya.

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR), organisasi hak sivil dan advokasi Islam terbesar negara, bagaimanapun percaya insiden itu adalah jenayah kebencian dan menggesa pihak berkuasa menyiasatnya.

“Kami mengecam serangan ke atas rumah ibadat ini dan berdiri dalam solidariti dengan saudara dan saudari kami di Portales. Berdasarkan tindakan penceroboh, kami menyeru pihak penguatkuasa undang-undang untuk menyiasat kemungkinan motif berat sebelah bagi jenayah ini,” kata CAIR dalam satu kenyataan.

Sumber: Middle East Eye

Author

Advertisement

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending